Friday, May 31, 2013

JADUAL AKTIVITI PROGRAM UMRAH RAMADHAN NURSALAM




JADUAL AKTIVITI UMRAH RAMADHAN NURSALAM
( SATU – SATUNYA DI MALAYSIA )


06 JULAI : HARI 01 : KUALA LUMPUR – JEDDAH – MADINAH

Semua Jemaah diminta berada di KLIA balai berlepas 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami. Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah jemaah akan disambut oleh wakil kami dan dibawa menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke Madinah,. Tiba di hotel Madinah, daftar masuk hotel dan berehat.

07 JULAI : HARI 02 : MADINAH ( ZIARAH DALAM )

Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi dengan menziarahi Maqam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi, sabda Rasulullah s.a.w :
“Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram”

08 JULAI : HARI 03 : MADINAH ( ZIARAH LUAR )


Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MADINAH dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah Masjid Quba’, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh (Medan Perang Khandak). Selesai ziarah, jemaah bebas beribadat di Masjid Nabawi.

09 JULAI : HARI 04 : MADINAH ( ZIARAH LUAR )

Jemaah akan dibawa melawat Masjid Bilal Bin Rabah , Ladang kurma Bani Hashim dan Muzium Madinah ( tertakluk kepada keizinana pihak berkuasa ). Pada malamnya beribadah di Masjid Nabawi untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak.

10 JULAI : HARI 05 : MADINAH (RAMADHAN)


jemaah melakukan ibadah bebas dan menziarahi Makam Rasulullah sekali lagi. Pada malamnya Jemaah akan mendengar kuliah & Tazkirah daripada Syeikh Firdaus At Taibun. Kemudiannya diikuti dengan aktiviti Qiamullail

ZIARAH PILIHAN DI MADINAH
Penemuan baru - Masjid Tikar, Gua Uhud dan Lapangan Magnet.

11 JULAI : HARI 06 : MADINAH – MAKKAH (RAMADHAN)


Para jemaah akan di bawa berangkat ke MAKKAH AL-MUKARRAMAH. Di dalam perjalanan singgah sebentar di MASJID BIR-ALI untuk solat sunat ihram dan bermiqat umrah. Sampai di MAKKAH, para jemaah akan dibawa ke hotel dan kemudiannya dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah yang pertama. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul. Jemaah akan berbuka puasa di Masjidil Haram.

12 JULAI : HARI 07 : MAKKAH (RAMADHAN)

Paginya para jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MAKKAH. Tempat-tempat lawatan adalah JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR, GUA HIRA’ dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah. Jemaah akan berbuka puasa di Masjidil Haram. Pada malamnya di ikuti dengan Tazkirah, kuliah dan Qiamullail di Masjidi Haram.

13 JULAI : HARI 08 : MAKKAH (RAMADHAN)

Selesai Ibadah bebas. Jemaah dibawa menziarahi dan mengikuti Tazkirah oleh Ahlul bait (keturunan Rasulullah) di Rasaifah Iaitu SAYYID AHMAD BIN MUHAMMAD BIN ALAWI AL MALIKI AL HASSANI beliau merupakan anak kepada Ulama Besar MAKKAH AL MUKARRAMAH iaitu SAYYID MUHAMMAD BIN ALAWI AL MALIKI AL HASSANI. jika berkesempatan jemaah juga akan berbuka puasa di sana. (Moga kita mendapat keberkatan Doa disamping mereka).

14 JULAI : HARI 09 : MAKKAH (RAMADHAN)

Jemaah akan dibawa melawat Muzium Kaabah, (tertakluk kepada keizinan pihak berkuasa) Ladang Ternakan & Penyembelihan Unta serta bermiqat di Hudaibiyah. Jemaah akan berbuka puasa di Masjidil Haram. Pada malamnya di ikuti dengan Tazkirah, kuliah dan Qiamullail di Masjidi Haram.


15 JULAI : HARI 10 : MAKKAH (RAMADHAN)

Selesai Ibadah bebas. Jemaah dibawa menziarahi Ahlul bait (keturunan Rasulullah) SAYYID ABBAS BIN ALAWI AL MALIKI AL HASSANI beliau merupakan saudara kepada Ulama Besar MAKKAH AL MUKARRAMAH iaitu SAYYID MUHAMMAD BIN ALAWI AL MALIKI AL HASSANI. jika berkesempatan jemaah juga akan berbuka puasa di sana. (Moga kita mendapat keberkatan Doa disamping mereka).

16 JULAI : HARI 11 : MAKKAH (RAMADHAN)

Jemaah di bawa menziarahi Kilang Membuat Kain Kiswah Kaabah dan Tempat Perlaksanaan Hukum Hudud di Tanaeem. (tertakluk kepada keizinan pihak berkuasa). Jemaah akan berbuka puasa di Masjidil Haram. Pada malamnya di ikuti dengan Tazkirah, kuliah dan Qiamullail di Masjidi Haram.

17 JULAI : HARI 12 : MAKKAH (RAMADHAN)

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah Umrah dan beribadah di Masjidil Haram. Selepas itu, Jemaah dibawa menziarahi MUADZIN MASJIDIL HARAM iaitu SHEIKH ALI ABDUL RAHMAN AHMED MULLA. beliau merupakan muadzin yang paling lama berkhidmat di Masjidil Haram. (Moga kita mendapat keberkatan Doa disamping mereka).

18 JULAI : HARI 13 : MAKKAH (RAMADHAN)


Jemaah dibawa melawat Pusat Pengajian Pondok (serta mendengar tazkirah ilmu daripada guru – guru Pondok) dan Rumah Kelahiran Rasulullah di Ajiad, Mekkah. Jemaah akan berbuka puasa di Masjidil Haram. Pada malamnya di ikuti dengan Tazkirah, kuliah dan Qiamullail di Masjidi Haram.

19 JULAI : HARI 14 : MAKKAH – JEDDAH (RAMADHAN)


Melakukan Tawaf Wida’ sebelum bertolak ke Jeddah untuk meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur dan jemaah di bawa Melawat Masjid Terapung di Jeddah.

20 JULAI : HARI 15 : JEDDAH – KUALA LUMPUR (RAMADHAN)

Dijangka sampai di Kuala Lumpur


NOTA:
1. TARIKH, HARGA & ATURCARA tertakluk kepada pindaan pihak airline, hotel & kedutaan.
HARGA PAKEJ TERMASUK:
• Tiket kapalterbang kelas ekonomi.
• Cukai dan insuran Lapangan terbang.
• Pengangkutan darat (seperti aturcara).
• Makan & minum 3 kali sehari (sepanjang aturcara).
• Lawatan seperti aturcara.
• Perkhidmatan Mutawwif.
• 10 Liter Air Zam-Zam.
• 1 bag dan luggage tag.
• Penginapan 3 atau 4 orang sebilik

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:
• Apa-apa perbelanjaan yang tidak terdapat di atas.
• Tips untuk pemandu pelancong dan pemandu.
• Lebihan bagasi.
• Perbelanjaan peribadi seperti telefon, dobi dan sebagainya.
• Insuran pengembaraan .



Wednesday, May 1, 2013

KURSUS PERAWATAN ISLAM BERSANAD Tahap 1 ( Fundamental) siri 1/2013

Assalamualaikum... muslimin dan muslimat. Untuk makluman semua, pengambilan peserta untuk KURSUS PERAWATAN ISLAM BERSANAD Tahap 1 ( Fundamental) siri 1/2013 telah dibuka. Pendaftaran boleh dilakukan di Pusat Rawatan Islam Nursalam Al Maliki no telefon 04-4400681 / 0174787957.



Wednesday, April 24, 2013

LAPORAN KEM IBADAH MUTHMAINAH SMK AMAN JAYA SG PETANI KEDAH 19 - 21 APRIL 2013



Pada 19 april hingga 21 april 2013,bertempat di SMK AMAN JAYA SG PETANI KEDAH, Unit Tarbiyah dan dakwah ‘Pusat Rawatan Islam NurSalam Al Maliki yang diketuai oleh Habib Mohd Firdaus At Taibun Al Makki dan Saudara Mohd Aizam At Taibun ( Adam AF) bersama Panitia Agama Islam SMK AMAN JAYA telah menganjurkan program Khemah Ibadah Pemantapan Hati Muthmainah. Bertemakan “Merahmati hati Rabbani”, Bermula dengan para pelajar membacakan ikrar Kem sambil disaksikan oleh para fasilitator, program ini dianjurkan dengan matlamat memantapkan pelajar - pelajar terhadap asas-asas ajaran Islam dengan penglibatan ADAM AF sebagai ikon dan ikutan kepada pelajar - pelajar.

Program khemah ibadah ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di SMK AMAN JAYA dengan penglibatan seramai 103 orang pelajar . penglibatan secara langsung keseluruhan Unit Tarbiyah & Dakwah NurSalam dan Panitia Agama Islam Sekolah dalam program ini telah menyuntik semangat cintai islam yang tinggi di kalangan pelajar.

Program selama 3 hari ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang merangkumi Qasidah, kerohanian, fizikal dan minda dalam mencapai objektif melahirkan anak-anak yang soleh. Peserta telah dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Hambali, Maliki dan Syafie bersempena nama khalifah Islam dan Imam yang Muktabar.

Didalam khemah ibadah ini pelajar – pelajar diberi penerapan Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Ibubapa dan Cinta Al-Quran. Dalam mencapai objektif program ini, kuliah-kuliah, tips anak soleh dan beberapa pengisian telah diadakan. LDK susulan selepas kuliah diadakan untuk memantapkan lagi pemahaman peserta melalui modul-modul dan praktikal. Manakala sesi bengkel memberikan peluang kepada peserta untuk meneroka diri mereka sendiri.

Pada malamnya turut diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dengan diketuai oleh Habib Mohd Firdaus At Taibun Al Makki dan Saudara Mohd Aizam At Taibun ( Adam AF) seperti persembahan Qasidah di Malam Kesenian Islam yang menampilkan kreativiti peserta dalam latihan Qasidah. Kemuncak pada program ini ialah pada malam muhasabah ibu ayah ” Hari-hari yang Terindah”. Malam muhasabah yang dikendalikan oleh saudara Mohammad Adha dan Saudara Rodzie dengan fasilitator dan gimik kematian berjaya menyentuh hati peserta. Peserta telah diminta untuk bercita - cita untuk berubah menjadi anak yang soleh kepada ibu bapa masing – masing.

Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian hadiah peserta terbaik diikuti slot ceramah motivasi oleh Habib Mohd Firdaus At Taibun Al Makki dan Kata- kata nasihat yang menarik daripada Saudara Mohd Aizam At Taibun (Adam AF) ditutup dengan rasminya dengan ucapan oleh Pengetua SMK Aman Jaya Encik Abd Halim Md Noh diiringi Persembahan Penutup Qasidah Oleh pelajar-pelajar SMK Aman Jaya dan laungan takbir.





 
 




Friday, March 29, 2013

10 adab dalam menuntut ilmu - panduan dari Imam al-Ghazali

Dalam penulisan agung “Ihya’ `Ulum al-Din” karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, beliau telah membuat satu garis panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu. Dalam penulisannya, beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas pedoman kepada para pelajar. Asas-asas ini perlu dihayati dan dicernakan dalam diri para pelajar dalam usaha mereka menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah atau di peringkat pengajian tinggi.

Pertama, menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati seseorang itu dicemari dengan elemen-elemen yang negatif yang boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Ini kerana secara prinsipnya, ilmu itu bersifat suci. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).

Istilah najis yang dijelaskan oleh al-Quran merupakan simbolik yang mengertikan sifat kotor tersebut mesti dijauhi dan dihindari disebabkan sifat tersebut boleh merosakkan manusia.

Kedua, para pelajar disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Unsur-unsur ini boleh menyebabkan pelajar tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang hakiki dan memalingkan fikirannya dalam usaha menuntut ilmu. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua organ hati dalam rongganya” (al-Ahzab:4).

Oleh yang demikian, sekiranya fikiran para pelajar dipengaruhi oleh elemen-elemen yang boleh mencemari mentalitinya menyukarkan untuk mengetahui hakikat ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak dapat menguasai ilmu secara sebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya”. Beliau memberi perumpamaan terhadap pemikiran yang dipengaruhi oleh hal-hal yang tidak berkait dengan ilmu seperti air yang mengalir dari sungai kecil, sebahagiannya diserap oleh tanah dan sebahagian lagi diserap oleh udara sehingga tidak ada lagi yang sampai ke ladang.

Ketiga, para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap golongan intelektual dan guru. Adalah menjadi kewajipan pelajar untuk menyerahkan segala urusan berkaitan ilmu dan mematuhi serta menghormati guru seperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Para pelajar dituntut bersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta sedia menawarkan perkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh bersikap sombong dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikannya dengan alasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan kedangkalan pemikiran yang ada dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya, para pelajar seharusnya merasa terhutang budi terhadap guru yang mencurahkan ilmu yang memandunya ke arah kebenaran.

Keempat, orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Secara rasionalnya, ia boleh mengelirukan pemikirannya terhadap disiplin ilmu yang baru dipelajarinya dan membantutkan usahanya untuk membuat penyelidikan yang mendalam. Namun begitu, bagi seseorang yang telah menguasai sesuatu bidang disiplin ilmu secara mahir dan mendalam tidak menjadi halangan untuk mengkaji perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara merupakan salah satu daripada metodologi medan penyelidikan ilmu.

Kelima, seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu yang terpuji melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin. Sekiranya faktor usia mengizinkan untuk menuntut ilmu, ia harus mengambil peluang untuk meningkatkan kepakarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya jika faktor usia menjadi kekangan terhadap usaha menimba ilmu pengetahuan maka seseorang itu perlu mengetahui perkara asas dan penting dalam ilmu yang dikuasainya berdasarkan kemampuannya.

Keenam, tidak memaksa untuk menguasai semua disiplin ilmu secara sekaligus. Tindakan yang bijak ialah dengan menguasai sesuatu bidang ilmu itu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri seseorang. Kompetensi yang ada pada manusia adalah terbatas oleh pelbagai faktor dari aspek pengalaman, realiti semasa, kepakaran dan keupayaan mentaliti seseorang.

Ketujuh, seseorang tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya. Ini kerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang pelajar memahami sesuatu ilmu dengan tertib dan tersusun maka ia dapat menguasai sesuatu konsep ilmu dengan baik. Pemahaman manusia tentang konsep ilmu akan lebih sempurna dan konsisten jika setiap cabang ilmu dihadam dan dicernakan mengikut tahap-tahap dan fasa yang tersusun dan terancang.

Kelapan, seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai sesuatu kepentingan ilmu dan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut dapat diaplikasi dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Matlamat utama ilmu yang dipelajari itu tidak bertentangan dengan syariat dan membawa kemudharatan kepada umat manusia.

Kesembilan, para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:

“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadalah:11)

Kesepuluh, setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini penting kerana ia dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara. Di samping itu, ia menjadi asas utama untuk mempelajari disiplin ilmu yang lain disebabkan ia mempunyai kesinambungan di antara satu cabang ilmu dengan disiplin ilmu yang lain.

Berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali dalam kitabnya “Ihya’ `Ulum al-Din” diharapkan dapat memberi pedoman yang berfaedah kepada mereka yang bergelar pelajar. Mutiara kata-kata yang dicurahkan oleh ulama’ silam perlu diambil perhatian dan diamalkan oleh individu yang bergelar pelajar, agar ilmu yang dipelajari diberkati oleh Allah dan dapat memberi faedah besar kepada umat sejagat.

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/01/10-adab-dalam-menuntut-ilmu-panduan.html#ixzz2OzlYJinI

Saturday, March 23, 2013

Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki

Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki ialah salah seorang ulama yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.
Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menziarahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulama yang menziarahi Makkah.

Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan Junjungan kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu ‘Anhum.

Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulamak besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah berkurun lama.
Lima orang dari keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan ini ketika pemerintahan Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus memegang jawatan tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa’ud sangat menghormati beliau. Riwayat lanjut beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad Al-Maliki.

Ketika berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah mengajar kitab-kitab Hadith dan Feqh di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar lain, dengan arahan guru-gurunya. Setelah mempelajari ilmu turath di tanah kelahirannya Makkah, beliau dihantar oleh bapanya untuk menuntut di Universiti Al-Azhar As-Syarif. Beliau menerima ijazah PhD daripada Al-Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga Arab Saudi yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD dari Al-Azhar. Tesis beliau berkenaan Hadith telah diiktiraf cemerlang dan menerima pujian yang tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar ketika itu, seperti Imam Abu Zahrah.

Beliau telah meninggalkan kita pada hari Jumaat, 15 Ramadhan1425 bersamaan 29 Oktober 2004 ketika berusia 60 tahun (bersesuaian dengan doanya untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam keadaan berpuasa di rumahnya di Makkah. Kematiannya amat mengejutkan.

Benar, ia adalah satu kehilangan yang besar. Ucapan takziah diucapkan dari seluruh dunia Islam. Solat jenazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk dunia. beliau diimamkan oleh adiknya As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di Masjidil Haram dengan Imam Subayl)


Kunjungan Jemaah Umrah Nursalam ke Kediaman Sayyid Abbas bin Alawi Al-Maliki (keturunan Rasulullah)

Sayyid Abbas bin Alawi Al-Maliki lahir di kota suci Mekkah Al-Mukarromah pada tahun 1368 H

nama lengkap beliau adalah Syeikh Sayyid Abbas bin Sayyid Alawi bin Sayyid Abbas bin Sayyid Abdul Aziz al-Maliki al-Idris al-Hasani al-Makki, terlahir dan dibesarkan oleh seorang ayah yang alim dan mulia pemimpin Ahli Bait di kota Mekkah, pembesar Bait Alawi yang disegani oleh pemerintah dan semua orang, pengajar di Masjidil Haram dan ulama besar yang dikagumi oleh masyarakat Mekkah ketika itu, tidak heran jika sifat-sifat orang tuanya turun kepada Sayyid Abbas dan saudara beliau Sayyid Muhammad al-Maliki.

Sayyid Abbas dikenal memiliki sifat tawadhu`, rendah hati, mudah senyum, suka membantu orang yang kesulitan, menghormati para tamu, dan mudah akrab. Tak hanya itu, suara beliau pun bagus dan indah hingga digelari sebagai Amir Qasidah di Mekkah sehingga orang-orang terpesona mendengar suaranya.

Beliau membangun pusat pendidikkan di Makkah al-Mukarramah, pelajarnya terdiri dari pelajar asrama yang datang dari nusantara dan pelajar luar asrama yang tinggal di kota Mekkah, majlis beliau juga dikenal dengan majlis Dalailul khairat dan majlis Burdah.

Beliau meriwayatkan hadits dari ayah beliau yaitu Sayyid Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz al-Maliki al-Makki, dan saudara kandungnya Syeikh Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz al-Maliki al-Idrisi al-Makki.

Friday, March 1, 2013

PERIHAL IBLIS LAKNATULLAH

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

Monday, January 14, 2013

UMRAH & ZIARAH (ULAMA' & AHLUL BAIT) BERSAMA NURSALAM GROUP



Pakej perbelanjaan akan digunakan untuk:
  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang.
  • Penginapan di Tanah Suci (Madinah/Mekah)
  • Makanan dan minuman (masakan melayu)
  • Kenderaan semasa di Tanah Suci (bas berhawa dingin)
  • Lawatan dan ziarah tempat bersejarah di Makkah dan Madinah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah, dan di sekitar Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan Pasar Kurma dan lain-lain.
  • Khidmat mutawif / wakil di Tanah Suci.
  • Kursus dan bimbingan sebelum berlepas / semasa di Tanah Suci.
  • Khidmat muassasah dan visa umrah.
  • Jemaah berpeluang  berjumpa dan mendengar tazkirah Ahlul bait, Ulama’-Ulama’ Mekah , Imam dan Muadzin Masjidilharam . Moga kita mendapat keberkahan dari doa mereka.
  *TARIKH, HARGA & ATURCARA tertakluk kepada pindaan pihak airline, hotel & kedutaan.

senaraikan dokumen-dokumen yang di perlukan untuk proses permohonan visa umrah

** Deposit RM1,000 Seorang


PERMOHONAN VISA UMRAH
1.     Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
2.     Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4x6cm, berlatarbelakang putih dan saiz muka 80%
3.     Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.

4.     Dokumen tambahan bagi - isteri pergi tanpa suami
o    Salinan K/P suami
o    Salinan Surat Nikah

5.     Dokumen tambahan bagi - Wanita Bujang
o    Salinan Surat Lahir sendiri
o    Salinan surat lahir dan salinan K/P adik beradik lelaki lebih 18 tahun atau Salinan K/P bapa

6.     Dokumen tambahan bagi - Lelaki kurang dari 18 tahun
o    Salinan K/P bapa (jika bapa tidak ikut serta)
o    Salinan surat kelahiran sendiri atau Salinan Surat Lahir dan salinan K/P adik beradik lelaki 18 tahun ke atas.

7.     Dokumen tambahan bagi - ibu mengikuti anak lelaki
o    Salinan surat lahir anak lelaki yang diikuti.

8.     Dokumen tambahan bagi - Isteri Mengikut Suami
o    Salinan surat nikah
 


Wednesday, January 9, 2013

SEJARAH ISLAM: PEDANG DARI RANTING KAYU

PEDANG AL AUN Milik Ukasyah bin Mihshan RA

Ukasyah bin Mihshan al Asadi adalah seorang sahabat Muhajirin yang berasal dari Bani Abdu Syams. Ia telah memeluk Islam pada masa-masa awal sehingga termasuk dalam as Sabiqunal Awwalin.

Suatu ketika Nabi SAW menceritakan kepada sahabat-sahabatnya, bahwa kelak di hari kiamat beliau akan memamerkan umat beliau di hadapan para pemimpin (Nabi-nabi terdahulu). Dengan bangganya beliau akan memperlihatkan umat beliau yang begitu banyak hingga memenuhi dataran dan bukit. Lalu Allah berfirman kepada Nabi SAW,
“Ridhakah engkau, ya Muhammad?”
Maka Nabi SAW akan menjawab,
“Aku ridha, ya Tuhanku!”
Kemudian Allah berfirman lagi,
“Sesungguhnya ada tujuh puluh ribu dari umatmu yang masuk surga tanpa hisab dengan wajah seperti bulan purnama."

Para sahabat pun terkagum-kagum dengan cerita Nabi SAW. Namun tiba-tiba Ukasyah mendekati beliau dan berkata,
"Ya Rasulullah, doakanlah aku termasuk golongan itu."
"Engkau termasuk golongan mereka!!" Kata Nabi SAW.

Melihat tindakan Ukasyah, beberapa sahabat mendekati beliau dan meminta didoakan seperti halnya Ukasyah. Beliau tersenyum melihat reaksi para sahabat tersebut dan bersabda, "Kalian sudah didahului Ukasyah."

Perang Badar merupakan perang yang banyak memunculkan pahlawan-pahlawan Islam. Perang pertama yang sangat menentukan, apakah Islam akan tenggelam dan lenyap selagi masih embrio, ataukah akan terus tumbuh berkembang pesat? Dan sejarah membuktikan, 313 orang yang belum cukup berpengalaman dengan persenjataan terbatas dan perbekalan seadanya, apalagi memang tidak dipersiapkan untuk bertempur tetapi hanya untuk mencegat kafilah dagang Quraisy, ternyata mampu mengalahkan seribu orang pasukan kafir Quraisy yang dipimpin Abu Jahal yang berpengalaman, dengan persenjataan lengkap dan perbekalan yang lebih banyak.

Tentunya semua itu terjadi tidak lepas dari pertolongan Allah SWT.

Salah satu pahlawan yang lahir di medan perang Badar ini adalah Ukasyah bin Mihshan bin Harsan Al-Asadi. Begitu dahsyatnya ia bertempur sehingga pedangnya pun patah. Melihat hal itu, Rasulullah SAW menghampiri Ukasyah sambil membawa sebuah ranting pohon, sambil bersabda,"Berperanglah dengan ini wahai Ukasyah."
Begitu diterima dari Nabi SAW dan digerak-gerakkan, ranting pohon itupun berubah menjadi sebuah pedang yang panjang, kuat, mengkilat dan tajam. Ukasyahpun meneruskan pertempurannya hingga Allah memberikan kemenangan pada umat Islam.

Pedang yang kemudian diberi nama "Al 'Aun" menjadi senjata andalan Ukasyah dalam setiap pertempuran yang diikutinya, baik bersama atau tanpa Rasulullah SAW. Begitupun ketika Ukasyah menjemput syahidnya di Perang Riddah, pedang dari ranting pemberian Nabi SAW setia menemaninya.

Pembunuh Ukasyah adalah Thulaihah al Asadi yang saat itu mengaku sebagai nabi, tetapi kemudian menjadi sedar dan kembali kepada Islam dan menjadi baik keislamannya.

Ketika Umar bertemu dengan Thulaihah, ia berkata,

"Apakah engkau yang telah membunuh orang yang saleh, Ukasyah bin Mihshan??"
Thulaihah menjawab, "Ukasyah menjadi orang yang bahagia (menjadi syahid) karena diriku, dan aku menjadi orang celaka karena dirinya. Tetapi aku memohon ampun kepada Allah…"
Kemudian Thulaihah menyitir sabda Nabi SAW,
"Surga itu diliputi oleh hal-hal yang dibenci dan neraka itu ditaburi oleh hal-hal yang disukai…"

Umar bin Khaththab hanya tersenyum dan membenarkan Thulaihah.

Saturday, January 5, 2013

INDIVIDU YANG ALLAH CERITAKAN DIDALAM AL QURAN kerana nilai kredibiliti akhlak dan taqwanya

Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Allah Yang Maha Mengetahui. Beliau pernah berpesan dan menasihati anaknya:

.

1. “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.”

2. “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”

3. “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

4. “Wahai anakku, Bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.”

5. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”

6. “Wahai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan Layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah SWT.”

7. “Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT juga.”

8. “Wahai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”

9. “Wahai anakku! Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah SWT tidak meredai orang yang sombong dan takbur.”

10. “Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”

11. “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

12. “Wahai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”

13. “Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”

14. “Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”

15. “Wahai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan janganlah mensia-siakanhartamu.”

16. “Wahai anakku! Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.”

17. “Wahai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”

18. “Wahai anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.”

19. “Wahai anakku! Janganlah engkau menghantarkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”

20. “Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”

21. “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”

22. “Wahai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab berbohong itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”

23. “Wahai anakku! Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.”

24. “Wahai anakku! Bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.”

25. “Wahai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan di antara takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”

26. “Wahai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”

27. “Wahai anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”

28. “Wahai anakku! Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.”

29. “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadat.”

30. “Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”

31. “Wahai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”

32. “Wahai anakku! Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa.”

33. “Wahai anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.”

34. “Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.”

35. “Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.”

36. “Wahai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.”

37. “Wahai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.”

38. “Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”

39. “Wahai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat.”

40. “Wahai anakku! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.”

41. “Wahai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”

42. “Wahai anakku! Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?”

43. “Wahai anakku! Apa yang engkau menikmati di kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya yang penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.”

44. “Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.”

45. “Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”

46. “Wahai anakku! Jangan engkau buang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.”

47. “Wahai anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.”

48. “Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.”

49. “Wahai anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWTlebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya. Janganlah anakku undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu.”

50. “Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikirdan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”

Friday, November 30, 2012

ISLAM MEMANDU MANUSIA DUNIA DAN AKHIRAT





Dalam ajaran islam, beramal dan bekerja untuk hidup didunia dan di akhirat adalah tuntutan ilahi secara mutlak. Para nabi dan rasul, dan juga salaf al-salih dituntut oleh Allah taala beramal untuk hidup diakhirat sebagai Darul Baqa’ dan bekerja untuk hidup sebagai Darul fana.

Islam sebagai “Ad-Din” tidak menghalang manusia mencarikehhidupan duniawi yang tidak bercanggah dengan ajaran islam. Kita tidak boleh menafikan bahawa setiap orang yang beriman dalm hidup dan kehidupan mereka  sehari-hari tidak hanya ingin memperolehi kebaikkan dan kebahgiaan diakhirat sahaja malah mereka ingin juga memperolehi kebaikkan dan kebahgiaan di dunia ini.

Ini terbukti dalam doa yang termaktub didalam Al-Quran yang dibaca oleh setiap orang islam selepas mereka menunaikan fardu solat:


Artinya: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”. (Al Baqarah:201)

Doa yang termaktub didalam al Quran ini jelas menunjukkkan setiap orang yan beriman ingin memperolehi kebaikan hidup di dua negeri, iaitu di duniada di akhirat, dimana islam memandu manusia untuk mendapat kebaikkan hidup di dunia dengan berusaha dan berkerja. Dan untuk kebaikkan hidup di akhirat ialah dengan beramal ibadat. Sabda Rasulullah saw :

“berusaha dan bekerjala engkau untuk mencari kehidupan di dunia seolah-olahnya engkau akan hidup selama-lamanya di dunia ini. Dan beramal ibadat engkau untuk hidup di akhirat seolah-olah engkau mati esoknya”  (hadis riwayat ibn A’sakir)

“sesungguhnya bahawa mengambil seseorang kamu akan tali (untuk mengikat kayu api), maka dipikulnya kayu api itu atas belakangnya adala lebih baik daripada dia pergi meminta kepada seseorang yang telah dikurniakan Allah kelimpahannya,lalu dia meminta kepadanya, sama ada diberinya atau tidak dibernya”  (hadis riwayat Muttafaq Alaih)

Islam agama fitrah memandu manusia untuk mendapat rezeki dan kehidupan yang baik didalam dunia, bukan hanya dengan berdoa sahaja, tetapi hendaklah berusaha dan berkerja mengikut kebolehan,kelayakan dan kepakaran masing-masing

Dan Luqman Al Hakim berkata kepada anaknya:
Wahai anakku, kayakanlah dirimu dengan pencarian yang halal dari kepapaan,kerana tidaklah ada seseorang yang berhajat kepada orang lain kecuali tiga perkara; pertama, nipis agamanya;kedua lemah akalnya, dan ketiga, ilang maruahnya. Dan terlebih besar dari yang tiga perkara ini ialah ringan pandangan manusia terhadap dirinya (kurang kehormatannya).

Thursday, September 20, 2012

BERJALANLAH DIBUMI ALLAH YANG LUAS INI


Seruan penghayatan perjalanan didalam pelajaran NurSalam, seorang bijak bestari mengatakan “Perjalanan (bermusafir) itu menghilangkan berbagai kesedihan dan menambah keimanan” . musafir itu membuat kita bukan hanya bertuhan tetapi merasai bertuhan.

            Al Hafiz Ar Ramhurmuzi dalam bukunya Al Muhdatsu Al Faadhil menjelaskan beberapa faedah perjalanan yang bertujuan menuntut ilmu dan kenikmatan yang dapat diperolehi darinya. Antara tulisannya “ Dan kenikmatan yang dirasai oleh semua anggota tubuhnya pada saat memanfaatkan seluruh kesempatannya untuk melihat tempat yang baru, dusun-dusun kecil, kebun-kebun dan tanah yang lapang, mengenal bentuk muka baru, melihat keajaiban berbagai negeri, berehat didalam masjid dan tidur dimanan pun saat malam tiba.
Semua ini memberikan pelajaran bahawa kenikmatan dunia ini terhimpun dalam keindahan semua peristiwa yang dilalui.”

Banyaknya kita bermusafir, adalah untuk mendapat kemuliaan melalui 5 kelebihannya. Menurut Imam Syafi'i, melalui bermusafir itu, akan menghilangkan kesedihan. Apabila di dalam perjalanan itu kita dapat melihat keindahan serta kekuasaan Allah s.w.t. dan menginsafi akan kekerdilan diri sebagai manusia. Maka, kita akan melihat kesusahan kitahanya sedikit berbanding orang lain.

Bermusafir juga mampu membantu kita untuk memulakan hidup yang baru. Menilai diri serta bermuhasabah atas kesalahan dan kelemahan dalam kehidupan. Ada juga dikalangan kita yang bermusafir kerana menginginkan ilmu untuk kehidupan. Ilmu tidak datang di dalam kelas-kelas pengajian yang statik tetapi ia akan lebih jelas dan indah apabila dilihat, diamal serta dihayati dengan kebesaran Allah s.w.t..


Apabila banyak kita berjalan, maka luaslah pemandangan. Banyaklah perkenalan dan bergaul dengan ramai manusia yang kita jumpai. Belajarlah darinya melalui peragai dan ragam mereka. Sekaligus itu akan menguatkan jiwa kita apabila pengalaman dan ilmu berjaya di satukan. Mudah-mudahan, niat kita bermusafir akan lebih bermakna dan membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.

Doa Musafir
DOA 1
الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَر وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ
Maksudnya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami.
DOA 2 (Doa / Ucapan orang musafir kepada orang bermukim)
أَسْتَوْدِعُكَ اللَّهَ الَّذِي لاَ تَضِيعُ وَدَائِعُهُ
Maksudnya : Aku serahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah menghilangkan simpananNya.
DOA 3 (Doa / Ucapan orang bermukim kepada orang musafir)
أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
Maksudnya : Serahkanlah agamamu, amanahmu, penamat amalanmu kepada Allah.
DOA 4 (Doa sekiranya bermusafir pada waktu sahur -awal pagi)
سَمِعَ سَامِعٌ بِحَمْدِ اللَّهِ وَحُسْنِ بَلاَئِهِ عَلَيْنَا رَبَّنَا صَاحِبْنَا وَأَفْضِلْ عَلَيْنَا عَائِذًا بِاللَّهِ مِنْ النَّارِ
Maksudnya : Telah mendengar pendengar dengan pujian kepada Allah dan kebaikan ujiannya ke atas kami, Wahai Tuhan kami jadilah Teman kami, anugerahkanlah kami kelebihan berlindung kepada Allah daripada Neraka

Saturday, September 1, 2012

ALLAH ADALAH SATU-SATUNYA PENOLONG


Menyerahkan semua urusan kepada Allah, bertawakkal kepadanya, percaya terhadap janji-janjinya, redha dengan apa yang dilakukannya, berbaik sangka kepadanya, dan menunggu dengan sabar pertolongan darinya, merupakan sebahagian daripada buah keimanan yang paling besar  dan merupakan salah satu daripada sifat mukmin yang paling mulia. Dan ketika sorang hamba merasa tenang bahawa apa yang akan terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya hanya kepada Tuhannya, maka ia akan memperolehi pengawasan, perlindungan, kecukupan, kekuatan serta pertolongan dari Allah s.w.t.

Ketika Nabi Ibrahim a.s dilemparkan kedalam api, ia mengucapkan, “ Hasbunallahu wani’mal wakil (cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)”, maka Allah pun menjadikan api yang panas itu dingin seketika dan Nabi Ibrahim a.s pun tidak terbakar.

Demikian juga halnya yang dilakukan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya r.a ketika mereka mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, dimana mereka juga mengucapkan , “ Hasbunallahu wani’mal wakil”.

....cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia ( yang besar) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (Surah Ali-Imran: 173-174)

Manusia tidak akan mampu melawan setiap bencana, menakluk setiap derita, dan mencegah setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri. Ini adalah kerana , manusia diciptakan sebagai makhluk yang sangat lemah. Mereka hanya akan mampu menghadapi semua itu dengan baik apabila mereka bertawakal kepada Allah, percaya sepenuhnya kepada pelindungnya dan menyerahkan semua perkara kepadanya, maka ia akan memperolehi kekuatan.

Sebaliknya, jika mereka tidak bertawakal, jalan keluar mana lagi yang boleh dilakukan oleh hamba yang hina dina ini dalam menghadapi berbagai-bagai macam ujian dan cubaan?

....dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu bertawakal jika kamu benar-benar beriman. (Al-Ma’idah:23)

Oleh kerana itu, wahai orang yang menyedari kelemahan dirinya, bertawakal lah kepada yang Maha Kaya dan yang Maha Kuat, yang mempunyai kekuatan yang amat besar, yang tiada bandingannya agar diri anda selamat dari berbagai kesusahan dan keluar dari bencana! Jadikanlah “Hasbunallahu wani’mal wakil” syiar dan semboyani yang selalu menyelemuti langkah hidup anda.

JIKA HARTA ANDA BERKURANGAN, HUTANG ANDA BANYAK, SUMBER PENGHIDUPAN ANDA BERKURANG, DAN MATA PENCARIAN ANDA SEMPIT, mengadulah pada ALLAH sambil mengucapkan “Hasbunallahu wani’mal wakil.

Apabila anda takut menghadapi musuh, cemas terhadap perlakuan orang zalim atau khuatir terhadap permasalahan kehidupan, maka ucapkanlah dengan tulus akan kalimah ini: “Hasbunallahu wani’mal wakil.”
... dan cukuplah Rabbmu menjadi pemberi, petunjuk dan penolong. (Al-furqan: 31)

                                                                                                                                          

Monday, August 27, 2012

FADHILAT DAN PENGAYATAN SYAWAL

Kita seakan-akan tidak sedar, bahawa waktu berlalu begitu pantas, bulan Ramadhan sudah meninggalkan kita. Kita tidak akan bersua lagi bulan yang seperti ini, jika umur kita tidak dipanjangkan oleh Allah SWT.

Peluang hanya datang sekali dalam setahun. Hanya Allah SWT sahajalah yang berhak membalas ganjaran bagi setiap ibadat dan amalan kebajikan yang kita lakukan se

panjang bulan ini.

Amat rugilah bagi yang mengabaikannya, kerana dari sekian banyak ibadat yang di wajibkan ke atas kita, puasa merupakan ibadat khusus bagi Allah SWT khusus untukNya dan Dia akan membalasnya. Rasulullah SAW bersabda sepertimana tersebut sebuah hadis qudsi :

Bermaksud : "Setiap amal ibadat anak Adam itu adalah untuknya, kecuali puasa, ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya."

Berdasarkan hadis ini jelas menunjukkan kepada kita, bahawa ibadat ini dengan ibadat-ibadat yang lainnya tidak sama di sisi Allah SWT. Allah SWT akan memberi ganjaran puasa itu dengan balasan mengikut kualiti puasa kita dan sejauh manakah keikhlasan dan kesempurnaan kita melaksanakannya. Oleh yang demikian, ganjaran bagi orang yang berpuasa itu di sediakan sebuah pintu khusus di dalam syurga nanti yang di namakan "Al-Rayyan". Rasulullah SAW bersabda :

Bermaksud : "Di dalam syurga ada satu pintu yang di panggil "Al-Rayyan", yang di khususkan untuk orang yang berpuasa melaluinya, setelah mereka masuk pintu itu akan di tutup, tiada lagi orang yang akan masuk melalui pintu tersebut".(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Lebih beruntung lagi bagi orang yang berpuasa dan dapat beribadat di malam Al-Qadar (malam agung dan mulia), iaitu satu malam yang mempunyai keistimewaan dan kelebihannya menandingi seribu bulan malam-malam biasa. Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya kami menurunkan (Al-Quran) pada malam Al-Qadar itu, tahukah kamu apakah malam Qadar itu?, malam itu adalah lebih baik daripada seribu bulan".(Surah Al-Qadar: 1-3)

Setelah kita berpuasa, kita perlulah bermuhasabah dan merenung kualiti puasa yang kita lakukan. Adakah rasa keimanan dan ketaqwaan dalam diri kita semakin meningkat atau masih seperti sebelumnya.

Kalaulah ini yang dicapai,bererti tanda amalan kita di terima oleh Allah SWT samalah seperti ibadat seorang yang mengerjakan haji, jika ibadatnya selepas mengerjakan haji bertambah baik, itu menjadi tanda penerimaan Allah SWT terhadap hajinya itu dan ia beroleh Haji Mabrur.

Sasaran berpuasa ialah untuk mendapat puasa yang di terima oleh Allah SWT. Jika tidak ada peningkatan antara ibadat sebelum dan selepasnya, ini jelas menunjukkan ibadat puasa kita tidak sampai ke matlamatnya.

Terasa amat berat untuk kita berpisah dengan bulan Ramadhan, kerana banyaknya keistimewaan dan ganjaran di dalamnya, walau bagaimanapun, peluang untuk kita masih terbuka. Bulan Syawal yang tiba, Allah SWT menyediakan pula kepada kita dengan menjanjikan ganjaran-ganjaran pahala setahun bagi yang berpuasa 6 hari di bulan Syawal, sebaik sahaja kita selesai menyambut 1 Syawal (Aidilfitri),

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti pula dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, ia adalah seperti berpuasa setahun".(Hadis Riwayat Muslim)

Berpuasa sunat Syawal itu sangat di tuntut. Rebutlah peluang yang berada di hadapan kita itu nanti, sebagai menampal kecacatan yang mungkin berlaku dalam puasa kita pada bulan Ramadhan, amalan sunat ini selalunya untuk mencukupi yang kurang di dalam yang fardhu. Ia boleh dikerjakan berselang seli di dalam bulan Syawal, tetapi mengerjakannya berturut-turut selepas hari raya pertama adalah lebih baik.

Antara kelebihan berpuasa 6 dan faedahnya :

1) Berpuasa 6 hari di bulan Syawal itu adalah untuk menyempurnakan kekurangan yang terjadi pada puasa fardhu.

2) Mengiringi puasa sesudah puasa Ramadhan itu menjadi tanda peningkatan iman dan taqwa.

3) Berpuasa enam itu sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang di anugerahkanNya.

4) Amalan yang dilaksanakan akan berterusan, tidak hanya selesai di bulan Ramadhan sahaja.

5) Hormatilah bulan Syawal sepertimana kita menghormati bulan Ramadhan. Syawal bukan bererti kita bebas untuk melakukan apa sahaja. Syawal juga hendaklah di penuhi dengan pelbagai kebajikan, pelbagai aktiviti berfaedah samada untuk kita atau orang lain, di samping mengingati Allah SWT.

6) Bersyukur di atas nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita termasuk nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat dapat menjalani puasa dan menunaikan hak-hak Ramadhan dengan sempurna, sewajarnyalah segala nikmat itu kita syukuri.

Sambutan hari raya pula tidak sewajarnya dipenuhi dengan melakukan perkara yang sia-sia, elakkanlah dari pembaziran walaupun dalam keadaan kita mampu, jauhi hiburan yang melalaikan, tidak mendedahkan aurat, menjaga batas dan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, elakkan dari menghadiri majlis yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.

Lakukanlah segala kegiatan hidup berdasarkan keimanan semata-mata kerana Allah dan patuhlah syariatnya. Mudah-mudahan kehidupan kita di limpahi keberkatan dan ketenangan.

Peliharalah keluarga kita, terutama anak-anak kita dari terjebak dengan gejala sosial yang akibatnya akan merosakkan kehidupan mereka, tumpukanlah jiwa mereka ke arah membina umat yang bermaruah dan lebih bertanggungjawab. Jesteru itu, marilah kita pertahankan agama kita hingga akhir hayat.

Berilah sokongan kepada semua pihak yang berhasrat untuk mengembalikan martabat agama kita ke arah mencapai matlamat yang cemerlang serta mendapat keampunan Allah SWT.

Menjelang hari raya janganlah kita lupa kepada ibubapa kita, mereka yang kurang bernasib baik, warga emas, orang-orang tua yang memerlukan belaian kasih, mereka yang kurang upaya, mereka yang terlantar sakit, anak-anak yatim yang hilang tempat bermanja, ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung. Ziarahilah sanak saudara, jiran tetangga, sambil bermaaf-maafan serta eratkanlah hubungan silatulrahim antara sesama kita.

Firmah Allah dalam surah Al-Hasyr: 19, bermaksud : "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amalan-amalan yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang fasik dan derhaka".