Friday, January 4, 2013
Friday, November 30, 2012
ISLAM MEMANDU MANUSIA DUNIA DAN AKHIRAT
Dalam ajaran islam, beramal dan bekerja untuk hidup didunia
dan di akhirat adalah tuntutan ilahi secara mutlak. Para nabi dan rasul, dan
juga salaf al-salih dituntut oleh Allah taala beramal untuk hidup diakhirat sebagai
Darul Baqa’ dan bekerja untuk hidup sebagai Darul fana.
Islam sebagai “Ad-Din” tidak menghalang manusia
mencarikehhidupan duniawi yang tidak bercanggah dengan ajaran islam. Kita tidak
boleh menafikan bahawa setiap orang yang beriman dalm hidup dan kehidupan
mereka sehari-hari tidak hanya ingin
memperolehi kebaikkan dan kebahgiaan diakhirat sahaja malah mereka ingin juga
memperolehi kebaikkan dan kebahgiaan di dunia ini.
Ini terbukti dalam doa yang termaktub didalam Al-Quran yang
dibaca oleh setiap orang islam selepas mereka menunaikan fardu solat:
Artinya: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia
dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”. (Al
Baqarah:201)
Doa yang termaktub didalam al Quran ini jelas menunjukkkan
setiap orang yan beriman ingin memperolehi kebaikan hidup di dua negeri, iaitu
di duniada di akhirat, dimana islam memandu manusia untuk mendapat kebaikkan
hidup di dunia dengan berusaha dan berkerja. Dan untuk kebaikkan hidup di
akhirat ialah dengan beramal ibadat. Sabda Rasulullah saw :
“berusaha dan
bekerjala engkau untuk mencari kehidupan di dunia seolah-olahnya engkau akan
hidup selama-lamanya di dunia ini. Dan beramal ibadat engkau untuk hidup di
akhirat seolah-olah engkau mati esoknya”
(hadis riwayat ibn A’sakir)
“sesungguhnya bahawa
mengambil seseorang kamu akan tali (untuk mengikat kayu api), maka dipikulnya
kayu api itu atas belakangnya adala lebih baik daripada dia pergi meminta
kepada seseorang yang telah dikurniakan Allah kelimpahannya,lalu dia meminta
kepadanya, sama ada diberinya atau tidak dibernya” (hadis riwayat Muttafaq Alaih)
Islam agama fitrah memandu manusia untuk mendapat rezeki dan
kehidupan yang baik didalam dunia, bukan hanya dengan berdoa sahaja, tetapi
hendaklah berusaha dan berkerja mengikut kebolehan,kelayakan dan kepakaran
masing-masing
Dan Luqman Al Hakim berkata kepada anaknya:
Wahai anakku,
kayakanlah dirimu dengan pencarian yang halal dari kepapaan,kerana tidaklah ada
seseorang yang berhajat kepada orang lain kecuali tiga perkara; pertama, nipis
agamanya;kedua lemah akalnya, dan ketiga, ilang maruahnya. Dan terlebih besar
dari yang tiga perkara ini ialah ringan pandangan manusia terhadap dirinya
(kurang kehormatannya).
Thursday, September 20, 2012
BERJALANLAH DIBUMI ALLAH YANG LUAS INI
Seruan penghayatan perjalanan didalam pelajaran NurSalam,
seorang bijak bestari mengatakan “Perjalanan (bermusafir) itu menghilangkan
berbagai kesedihan dan menambah keimanan” . musafir itu membuat kita bukan
hanya bertuhan tetapi merasai bertuhan.
Al
Hafiz Ar Ramhurmuzi dalam bukunya Al Muhdatsu Al Faadhil menjelaskan beberapa
faedah perjalanan yang bertujuan menuntut ilmu dan kenikmatan yang dapat
diperolehi darinya. Antara tulisannya “ Dan kenikmatan yang dirasai oleh semua
anggota tubuhnya pada saat memanfaatkan seluruh kesempatannya untuk melihat
tempat yang baru, dusun-dusun kecil, kebun-kebun dan tanah yang lapang,
mengenal bentuk muka baru, melihat keajaiban berbagai negeri, berehat didalam
masjid dan tidur dimanan pun saat malam tiba.
Semua ini memberikan pelajaran
bahawa kenikmatan dunia ini terhimpun dalam keindahan semua peristiwa yang
dilalui.”
Banyaknya
kita bermusafir, adalah untuk mendapat kemuliaan melalui 5 kelebihannya.
Menurut Imam Syafi'i, melalui bermusafir itu, akan menghilangkan kesedihan.
Apabila di dalam perjalanan itu kita dapat melihat keindahan serta kekuasaan
Allah s.w.t. dan menginsafi akan kekerdilan diri sebagai manusia. Maka, kita
akan melihat kesusahan kitahanya sedikit berbanding orang lain.
Bermusafir juga mampu membantu kita untuk memulakan hidup yang baru. Menilai diri serta bermuhasabah atas kesalahan dan kelemahan dalam kehidupan. Ada juga dikalangan kita yang bermusafir kerana menginginkan ilmu untuk kehidupan. Ilmu tidak datang di dalam kelas-kelas pengajian yang statik tetapi ia akan lebih jelas dan indah apabila dilihat, diamal serta dihayati dengan kebesaran Allah s.w.t..
Apabila banyak kita berjalan, maka luaslah pemandangan. Banyaklah perkenalan dan bergaul dengan ramai manusia yang kita jumpai. Belajarlah darinya melalui peragai dan ragam mereka. Sekaligus itu akan menguatkan jiwa kita apabila pengalaman dan ilmu berjaya di satukan. Mudah-mudahan, niat kita bermusafir akan lebih bermakna dan membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.

Doa
Musafir
DOA 1
الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله
أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ
وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي
سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ
هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ
الصَّاحِبُ فِي السَّفَر وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ
بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي
الْمَالِ وَالأَهْلِ
Maksudnya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami
sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah,
kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada
perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah
perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam
perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu
dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh
menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami.
DOA 2 (Doa / Ucapan orang
musafir kepada orang bermukim)
أَسْتَوْدِعُكَ
اللَّهَ الَّذِي لاَ تَضِيعُ وَدَائِعُهُ
Maksudnya : Aku serahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah
menghilangkan simpananNya.
DOA 3 (Doa / Ucapan orang
bermukim kepada orang musafir)
أَسْتَوْدِعُ
اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
Maksudnya : Serahkanlah agamamu, amanahmu, penamat amalanmu kepada
Allah.
DOA 4 (Doa sekiranya
bermusafir pada waktu sahur -awal pagi)
سَمِعَ
سَامِعٌ بِحَمْدِ اللَّهِ وَحُسْنِ بَلاَئِهِ عَلَيْنَا رَبَّنَا صَاحِبْنَا
وَأَفْضِلْ عَلَيْنَا عَائِذًا بِاللَّهِ مِنْ النَّارِ
Maksudnya : Telah mendengar pendengar dengan pujian kepada Allah dan
kebaikan ujiannya ke atas kami, Wahai Tuhan kami jadilah Teman kami,
anugerahkanlah kami kelebihan berlindung kepada Allah daripada Neraka
Saturday, September 1, 2012
ALLAH ADALAH SATU-SATUNYA PENOLONG
Menyerahkan semua urusan kepada Allah, bertawakkal
kepadanya, percaya terhadap janji-janjinya, redha dengan apa yang dilakukannya,
berbaik sangka kepadanya, dan menunggu dengan sabar pertolongan darinya,
merupakan sebahagian daripada buah keimanan yang paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat
mukmin yang paling mulia. Dan ketika sorang hamba merasa tenang bahawa apa yang
akan terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya
hanya kepada Tuhannya, maka ia akan memperolehi pengawasan, perlindungan,
kecukupan, kekuatan serta pertolongan dari Allah s.w.t.
Ketika Nabi Ibrahim a.s
dilemparkan kedalam api, ia mengucapkan, “ Hasbunallahu wani’mal wakil
(cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)”,
maka Allah pun menjadikan api yang panas itu dingin seketika dan Nabi Ibrahim
a.s pun tidak terbakar.
Demikian juga halnya yang
dilakukan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya r.a ketika mereka mendapat
ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, dimana mereka juga
mengucapkan , “ Hasbunallahu wani’mal wakil”.
....cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik
pelindung.maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia ( yang besar) Allah,
mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan
Allah mempunyai kurnia yang besar. (Surah Ali-Imran: 173-174)
Manusia tidak akan mampu melawan
setiap bencana, menakluk setiap derita, dan mencegah setiap malapetaka dengan
kekuatannya sendiri. Ini adalah kerana , manusia diciptakan sebagai makhluk
yang sangat lemah. Mereka hanya akan mampu menghadapi semua itu dengan baik
apabila mereka bertawakal kepada Allah, percaya sepenuhnya kepada pelindungnya
dan menyerahkan semua perkara kepadanya, maka ia akan memperolehi kekuatan.
Sebaliknya, jika mereka tidak
bertawakal, jalan keluar mana lagi yang boleh dilakukan oleh hamba yang hina
dina ini dalam menghadapi berbagai-bagai macam ujian dan cubaan?
....dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu bertawakal jika kamu
benar-benar beriman. (Al-Ma’idah:23)
Oleh kerana itu, wahai orang yang
menyedari kelemahan dirinya, bertawakal lah kepada yang Maha Kaya dan yang Maha
Kuat, yang mempunyai kekuatan yang amat besar, yang tiada bandingannya agar
diri anda selamat dari berbagai kesusahan dan keluar dari bencana! Jadikanlah “Hasbunallahu
wani’mal wakil” syiar dan semboyani yang selalu menyelemuti langkah hidup anda.
JIKA HARTA ANDA BERKURANGAN, HUTANG ANDA BANYAK, SUMBER PENGHIDUPAN
ANDA BERKURANG, DAN MATA PENCARIAN ANDA SEMPIT, mengadulah pada ALLAH
sambil mengucapkan “Hasbunallahu wani’mal wakil.
Apabila anda takut menghadapi
musuh, cemas terhadap perlakuan orang zalim atau khuatir terhadap permasalahan
kehidupan, maka ucapkanlah dengan tulus akan kalimah ini: “Hasbunallahu wani’mal wakil.”
... dan cukuplah Rabbmu menjadi
pemberi, petunjuk dan penolong. (Al-furqan: 31)
Monday, August 27, 2012
FADHILAT DAN PENGAYATAN SYAWAL
Kita
seakan-akan tidak sedar, bahawa waktu berlalu begitu pantas, bulan
Ramadhan sudah meninggalkan kita. Kita tidak akan bersua lagi bulan yang
seperti ini, jika umur kita tidak dipanjangkan oleh Allah SWT.
Peluang hanya datang sekali dalam setahun. Hanya Allah SWT sahajalah yang berhak membalas ganjaran bagi setiap ibadat dan amalan kebajikan yang kita lakukan se

panjang bulan ini.
Amat rugilah bagi yang mengabaikannya, kerana dari sekian banyak ibadat yang di wajibkan ke atas kita, puasa merupakan ibadat khusus bagi Allah SWT khusus untukNya dan Dia akan membalasnya. Rasulullah SAW bersabda sepertimana tersebut sebuah hadis qudsi :
Bermaksud : "Setiap amal ibadat anak Adam itu adalah untuknya, kecuali puasa, ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya."
Berdasarkan hadis ini jelas menunjukkan kepada kita, bahawa ibadat ini dengan ibadat-ibadat yang lainnya tidak sama di sisi Allah SWT. Allah SWT akan memberi ganjaran puasa itu dengan balasan mengikut kualiti puasa kita dan sejauh manakah keikhlasan dan kesempurnaan kita melaksanakannya. Oleh yang demikian, ganjaran bagi orang yang berpuasa itu di sediakan sebuah pintu khusus di dalam syurga nanti yang di namakan "Al-Rayyan". Rasulullah SAW bersabda :
Bermaksud : "Di dalam syurga ada satu pintu yang di panggil "Al-Rayyan", yang di khususkan untuk orang yang berpuasa melaluinya, setelah mereka masuk pintu itu akan di tutup, tiada lagi orang yang akan masuk melalui pintu tersebut".(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Lebih beruntung lagi bagi orang yang berpuasa dan dapat beribadat di malam Al-Qadar (malam agung dan mulia), iaitu satu malam yang mempunyai keistimewaan dan kelebihannya menandingi seribu bulan malam-malam biasa. Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Sesungguhnya kami menurunkan (Al-Quran) pada malam Al-Qadar itu, tahukah kamu apakah malam Qadar itu?, malam itu adalah lebih baik daripada seribu bulan".(Surah Al-Qadar: 1-3)
Setelah kita berpuasa, kita perlulah bermuhasabah dan merenung kualiti puasa yang kita lakukan. Adakah rasa keimanan dan ketaqwaan dalam diri kita semakin meningkat atau masih seperti sebelumnya.
Kalaulah ini yang dicapai,bererti tanda amalan kita di terima oleh Allah SWT samalah seperti ibadat seorang yang mengerjakan haji, jika ibadatnya selepas mengerjakan haji bertambah baik, itu menjadi tanda penerimaan Allah SWT terhadap hajinya itu dan ia beroleh Haji Mabrur.
Sasaran berpuasa ialah untuk mendapat puasa yang di terima oleh Allah SWT. Jika tidak ada peningkatan antara ibadat sebelum dan selepasnya, ini jelas menunjukkan ibadat puasa kita tidak sampai ke matlamatnya.
Terasa amat berat untuk kita berpisah dengan bulan Ramadhan, kerana banyaknya keistimewaan dan ganjaran di dalamnya, walau bagaimanapun, peluang untuk kita masih terbuka. Bulan Syawal yang tiba, Allah SWT menyediakan pula kepada kita dengan menjanjikan ganjaran-ganjaran pahala setahun bagi yang berpuasa 6 hari di bulan Syawal, sebaik sahaja kita selesai menyambut 1 Syawal (Aidilfitri),
Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti pula dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, ia adalah seperti berpuasa setahun".(Hadis Riwayat Muslim)
Berpuasa sunat Syawal itu sangat di tuntut. Rebutlah peluang yang berada di hadapan kita itu nanti, sebagai menampal kecacatan yang mungkin berlaku dalam puasa kita pada bulan Ramadhan, amalan sunat ini selalunya untuk mencukupi yang kurang di dalam yang fardhu. Ia boleh dikerjakan berselang seli di dalam bulan Syawal, tetapi mengerjakannya berturut-turut selepas hari raya pertama adalah lebih baik.
Antara kelebihan berpuasa 6 dan faedahnya :
1) Berpuasa 6 hari di bulan Syawal itu adalah untuk menyempurnakan kekurangan yang terjadi pada puasa fardhu.
2) Mengiringi puasa sesudah puasa Ramadhan itu menjadi tanda peningkatan iman dan taqwa.
3) Berpuasa enam itu sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang di anugerahkanNya.
4) Amalan yang dilaksanakan akan berterusan, tidak hanya selesai di bulan Ramadhan sahaja.
5) Hormatilah bulan Syawal sepertimana kita menghormati bulan Ramadhan. Syawal bukan bererti kita bebas untuk melakukan apa sahaja. Syawal juga hendaklah di penuhi dengan pelbagai kebajikan, pelbagai aktiviti berfaedah samada untuk kita atau orang lain, di samping mengingati Allah SWT.
6) Bersyukur di atas nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita termasuk nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat dapat menjalani puasa dan menunaikan hak-hak Ramadhan dengan sempurna, sewajarnyalah segala nikmat itu kita syukuri.
Sambutan hari raya pula tidak sewajarnya dipenuhi dengan melakukan perkara yang sia-sia, elakkanlah dari pembaziran walaupun dalam keadaan kita mampu, jauhi hiburan yang melalaikan, tidak mendedahkan aurat, menjaga batas dan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, elakkan dari menghadiri majlis yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.
Lakukanlah segala kegiatan hidup berdasarkan keimanan semata-mata kerana Allah dan patuhlah syariatnya. Mudah-mudahan kehidupan kita di limpahi keberkatan dan ketenangan.
Peliharalah keluarga kita, terutama anak-anak kita dari terjebak dengan gejala sosial yang akibatnya akan merosakkan kehidupan mereka, tumpukanlah jiwa mereka ke arah membina umat yang bermaruah dan lebih bertanggungjawab. Jesteru itu, marilah kita pertahankan agama kita hingga akhir hayat.
Berilah sokongan kepada semua pihak yang berhasrat untuk mengembalikan martabat agama kita ke arah mencapai matlamat yang cemerlang serta mendapat keampunan Allah SWT.
Menjelang hari raya janganlah kita lupa kepada ibubapa kita, mereka yang kurang bernasib baik, warga emas, orang-orang tua yang memerlukan belaian kasih, mereka yang kurang upaya, mereka yang terlantar sakit, anak-anak yatim yang hilang tempat bermanja, ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung. Ziarahilah sanak saudara, jiran tetangga, sambil bermaaf-maafan serta eratkanlah hubungan silatulrahim antara sesama kita.
Firmah Allah dalam surah Al-Hasyr: 19, bermaksud : "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amalan-amalan yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang fasik dan derhaka".

Saturday, August 11, 2012
ISTERI YANG TAAT KEPADA SUAMI DAN YANG TIDAK TAAT KEPADA SUAMI
Maka bermula perempuan yang solehah yang berkahwin, ialah memelihara kemaluan dan hartanya apabila suaminya tiada, dan Allah s.w.t memelihara akan perempuan itu.
Sabda Rasulullah s.a.w: “ apabila seorang isteri tidak tidur bersama suaminya, dilaknat akan dia oleh segala malaikat hingga subuh”
Dan sabda Rasulullah s.a.w: “ barangsiap

a isteri yang tidak tidur bersama suaminya, dan suaminya redha akan dia, dimasukan syurga”.
Sabda Rasulullah s.a.w: “ Sesiapa sabar atas perangai isterinya, mendatangkan Allah S.w.t pah dan pahala, seperti pahal Ayyub. Dan siapa sabar atas jahatnya perangai suaminya, memberi Allah s.w.t akan upha pahala perang sabililla mati syahid. Dan siapa isteri yang aniaya akan suaminya dan menyusahkan suaminya yang tidak mampu dan menyakiti akan dia, nescaya akan dilaknat malaikat Ar-Rahmat dan malaikat Azab, dan isteri yang sabar atas kesusahan suaminya, dikurnikan Allah s.w.t akan pahala Asiah dan Maryam.
Dan sabda Rasulullah s.a.w: “ barangmana isteri yang mati dan suaminya redha akan dia, dia akan dimasukkan syurga.
Dan berkata Ibnu Abbas mendengar aku akan sabda Rasulullah s.a.w :“ jika bahawasanya seorang isteri menjadikan setiap malamnya mendirikan sembahyang dan sekalian hari puasa, dan apabila diajak suaminya ke tempat tidur dan tidak diikuti isterinya walau sesaat, maka dihumban isteri itu pada neraka paling bawah pada hari kiamat bersama syaitan dengan dirantai .
Dan bahawasanya tiada puasa sunat bagi isteri melainkan dengan izin suaminya.
Dan sabda Rasulullah s.a.w: “ sekalian burung yang dilangit dan ikan yang dilautan dan segala malaikat yang dilangit dan matahari dan bulan memohon keampunan buat isteri yang taat dan mendapat redha bagi suaminya
Dan berkata Abdullah ibnu Mas’ud r.a mendengar aku akan sabda Rasulullah s.a.w” barangmana isteri yang menolak pelawaan suami sehingga suaminya tertidur maka ia isteri yang didalam laknat”.
Dan barangmana isteri yang memasam muka dihadapan suaminya, maka ia didalam kemurkaan Allah
Dan berkata Abdur Rahman bin Auf r.a, mendengar aku akan sabda Rasulullah:“ barangmana seorang isteri bermasam muka kepada suaminya, maka keluarlah ia dari kuburnya dengan hitam mukanya”.
Dan berkata Uthman bin Affan r.a, mendengar aku akan sabda Rasulullah:“ Isteri yang keluar rumah tanpa izin suaminya, dilaknat akan dia dari yang terbit atasnya matahari hingga ikan dilaut.
Dan telah bertanya Aisyah kepada Rasulullah s.a.w: “ kepada siapakah sebesar-besar hak atas isteri?” berkata Rasulullah: “ suaminya” “ dan kepada siapakah sebesar-besar hak atas suami?” kata Rasulullah “ ibunya”.
Dan sabda Rasulullah s.a.w: “ apabila seorang suami berkata kepada isterinya: “ tiada aku melihat kebaikan dari engkau, sekali-kali tidak” maka saat itu terhapus segala pahala amalannya dan terputus ia dari rahmat Allah s.w.t pada hari kiamat”.
Dan kata Abu baker As-sidiq r.a. sabda Rsulullah: “ apabila berkata isteri kepada suaminya “ talak (cerai) kan aku” maka datang ia pada hari kiamat dalam keadaan tiada daging pada mukanya dan lidahnya terkeluar sampai tengkuknya dan dihumban kedalam kerak neraka jahanam, dan puasa serta sembahyangnya pada setiap hari sekalipun tidak diterima”.
Telah berkat Sa’ad bin Abi Waqqash r.a mendengar aku akan sabda Rasulullah:“ dan isteri yang tidak suka kepada suaminya ketika suaminya papa miskin, laknat Allah s.w.t dan murka Allah s.w.t dan dilaknat malaikat sekaliannya”.
Dan berkata Abu Dzar, mendengar aku akan sabda Rasulullah:“ barangmana isteri yang ibadatnya sebanyak ibadat ahli langit dan bumi, kemudian ia menyebabkan kedukaan bagi suaminya, datang ia pada hari kiamat dengan dua tangannya dibelenggu kepada tengkuknya dan dirantai dua kakinya dan dihumban kedalam neraka. Dan seperti demikian pula isteri yang tiada menutup dirinya kepada lelaki lain selain suaminya.
Bermula kehasilan kalam, bahawasanya wajib isteri mentaati suaminya seperti mana anak mentaati kedua ibubapanya.
penyusunan:
ASY-SYEIKH MUHAMMAD SHALEH BIN 'ABDULLAH MENGKABAUW

GASTRIK: PUNCA, KESANNYA dan RAWATAN
Assalamualaikum buat muslimin dan muslimat, Alhamdulillah sudah setengah bulan kita berpuasa dan bertarawikh.
Jemaah kali ini terdetik untuk membincangkan mengenai punca gastrik dan kesannya yang mana kita tahu penyakit ini sering kali timbul di bulan ramadan.
Penyakit gastrik adalah berpunca daripada amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan mak

an
malam) yang tidak mengikuti waktu yang tetap. Sebagai contoh
kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00,
kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang
bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.
Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.
seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.
Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.
Ada juga yang mengatakan, apabila muntah pesakit akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.
Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.
Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.
Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.
Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.
Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik atau ulser boleh lah datang ke pusat rawatan kami untuk sesi rawatan pemulihan. atau boleh membuat temu janji dengan menghubungi Ust Mohd Fadly At-Taibun 017-4787957
insyaAllah mudah-mudahan amalan kita di bulan Ramadan ini diberkati dan di rahmati.

Subscribe to:
Posts (Atom)