Wednesday, July 18, 2012

RAHSIA PUASA DAN KAJIAN ILMIAH


Firman Allah,
 Dan, berpuasa itu lebih baik bagi kalian”. Al Baqarah: 184

Puasa merupakan salah satu wasiat yang disampaikan Nabi Muhamman s.a.w kepada kaum muslimin. Puasa merupakan kewajipan dari Allah, yang dilaksanakan pada bulan ramadan, yang kadangkala puasa juga wajib untuk sebahagian kafarat.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, Allah swt berfirman,

“ Setiap amal anak adam baginya, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu bagiku dan aku memberikan pahala kerananya. Dan , Puasa adalah tabir api neraka”

Ustaz Dr Ahmad Al-Qadhy berkata, “ Allah mewajibkan puasa bulan ramadan dan menjadikannya sebagai salah satu rukun islam, sebagaimana Rasulullah juga mensyariatkan puasa, yang pastinya puasa memiliki banyak faedah Allah berfirman,

“ Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu” (Al-Anfal: 24)

Apa yang terjadi saat puasa?

1.Pembaharuan Sel-sel tubuh.

Dr AbdulJawad Ash-shawy menyatakan, “ Zat asid amino membentuk komposisi organik dalam sel. Ketika puasa, keasidan yang berasal dalam makanan, berkumpul dengan keasidan yang dihasilkan daripada proses penghadaman seterusnya menyebabkan pembentukan sel akan kembali. Kemudian disebarkan mengikut keperluan sel-sel tubuh.

Puasa (islam) adalah satu-satunya sistem pencernaan yang paling ideal dalam memperbaiki kadar optima fungsi hati, tambahan dengan fatty acid dan amino organic  ketika berpuasa membentuk inti protein dan membentuk sel-sel baru. Dengan berpuasa juga hati/ sel hepar dapat dibersihkan dari lemak yang berkumpul didalamnya akibat dari makanan, ini dapat mengelakan dari gangguan pada jaringa hati ( cirrhosis liver)

2.Membersihkan tubuh dari pelbagai jenis racun.

Ketika Puasa, lemak yang tertimbun di dalam tubuh akan beralih ke hati, hingga lemak itu dapat dimanfaatkan, lalu dari sana keluar racun yang sudah melebur didalamnya dan hilang sama sekali dari tubuh. Ketika puasa, aktiviti sel-sel ini berada paa puncak optima tugasnya sehingga ia melawan bakteria yang menyerang tubuh. Benar Allah berfirman,

“ Dan, berpuasa itu lebih baik bagi kalian.” Al Baqarah: 184

Dr Mark Fadon, seorang doktor yang sangat mengambil berat terhadap kajian puasa, mengatakan,
“ Setiap manusia perlu melakukan puasa, meskipun dia tidak sakit, kerana racun-racun makanan dan ubat berhimpun didalam tubuh, ini boleh mengakibatkan seseorang jatuh sakit atau menyebabkan tubuhnya kurang bermaya dan sentiasa lesu. Jika manusia melakukan puasa, maka pengumpulan racun ini berkurangan dan bahkan hilang, sehingga merasa ringan dan sentiasa bertenaga. MasyaAllah, SubhanAllah ini lah nikmat beribadat yang Allah hadiahkan kepada Hambanya.

Tuesday, July 10, 2012

Seminar Perubatan Islam

Assalamualaikum..untuk makluman muslimin dan muslimat, Jemaah Nursalam menganjurkan Seminar perubatan " Membongkar tipu daya jin, iblis dan syaitan "
- tarikh 15 julai 2012 (ahad)
- masa 8.30 pg hingga 4.30 ptg
- tempat Dewan Kuliah Masjid Putra , Putrajaya
- Yuran RM 80 shj,(makan + modul +cenderahati)

Antara pengisian:
> mengenal hakikat ciptaan jin, dan pembuktian kewujudan.
> menyingkap tipu daya jin, iblis dan syaitan melalui perubatan islam.
> menyingkap ilmu perbomohan, pendukunan dan rahsianya.
> memahami jenis2 dan konsep 'perantara' didalam ilmu perawatan melayu dan tradisional.
> memahami kaedah perawatan islam.
> Memahami cara2 mengaplikasi Doa sebagai senjata.
> Rahsia terkabulnya doa.
> dan banyak lagi

Panel penceramah :
Ust Hj Mohd Firdaus Abdul Wahid At-Taibun Al-Makki
Saudara Adam (AF)

hubungi :
Ust Rodze 019-5530875
Pn Aishah 012-2925979

Datang Beramai2, tempat adalah amat Terhad

Thursday, June 28, 2012

Tazkirah: sifat buruk sangka dan ujub (bangga diri)

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sifat buruk sangka, bangga diri, ujub dan sombong adalah sifat-sifat mazmumah yang perlu kita jauhi. Tanpa kita sedari bahawa apabila sifat-sifat ini telah bertapak dalam hati kita akan menyebabkan hati kita berpenyakit dan akan merosakkan amalan kita kepada Allah S.W.T.

Terdapat satu kisah seorang ulama sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda berdua-duaan dengan seorang wanita.

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan berbisik "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"

Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang."

Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu bertanya padanya. "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."

Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan."

Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan."

Semenjak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

Sahabat yang dimuliakan,

Sebagai pengajaran untuk di ambil sebagai iktibar kisah diatas, terdapat dua cara untuk mengatasinya.

1) Jangan berburuk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya. Apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah jangan menghinanya atau reda dengan perbuatannya dan cuba mencari aibnya. Berilah nasihat yang baik penuh hikmah. Anggaplah berkemugkinan orang itu jahil tentang perbuatannya. Sebagai muhasabah diri sendiri pula, kita patut malu pada diri sendiri yang dikurniakan oleh Allah S.W.T ilmu ini tetapi masih juga melakukan perbuatan yang dilarang oleh-Nya.

Buruk sangka kepada orang lain atau yang dalam bahasa Arabnya disebut su' u zhan mungkin biasa atau bahkan sering hinggap di hati kita. Lebih parahnya, terkadang persangkaan kita tiada mempunyai asas dan tiada alasan yang benar. Memang semata-mata sifat kita suka curiga dan penuh sangka kepada orang lain, lalu kita membiarkan zhan tersebut bersemayam di dalam hati. Bahkan kita membicarakan serta menyampaikannya kepada orang lain. Padahal su'u zhan kepada sesama kaum muslimin tanpa ada bukti yang kukuh merupakan perkara yang terlarang.

2) Perkara yang patut kita ingat adalah tentang diri kita iaitu perbuatan baik orang pada kita dan perbuatan jahat kita pada orang lain. Perkara yang patut kita lupakan adalah kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita. Barulah hati kita akan menjadi bersih dan terhindar daripada sifat bangga diri dan menghargai kebaikan orang lain.

Saturday, April 16, 2011

RIngkasan Rukyah

Kebelakangan ni, pusat rawatan islam begitu banyak berkembang, Alhamdulillah,  pada kali ini kita akan membincang kan mengenai rawatan islam dengan menggunakan kaedah merukyah. Rukyah yang bermaksud jampi pada melayu nya menggunakan kaedah bacaan sesuatu ayat terhadap pesakit tetapi bagi perawat islam Al Quran menjadi teras utama dalam rawatan yang dijalan kan.

Kita mengetahui Al-Quran diturunkan sebagai Rahmat kepada seluruh Alam atas kasih sayang Allah pada semua mahkluknya...pada konteks ini yang menjadi perbincangan.. adakah Ayat memberi kemudaratan pada jin dan manusia. Insyaallah


Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! (Al-Jinn 72:1) |

Sebelum ini saya ada menonton astro expose mistik dimana seorang pesakit mengalami gangguan jin, pesakit ini cuba berubat disebuah pusat rawatan islam yang berkonsepkan rukyah, dalam keadaan pesakit tidak sedarkan diri bacaan demi bacaan diperdengarkan, tetapi masih tidak berkesan, last2 jin itu yang menyambung bacaan siap tegur lagi bacaan perawat tu, bila di tanya perawat tu kata “ni jin islam, makam dia tinggi” ada ke patut.
Satu kes lagi disebuah pusat rawatan yang lain, konsep sama cara merukyah menggunakan Al Quran, kes dia sama macam diatas gangguan jin, perawat tu merukyah dari pagi sampai petang, last2 dia kata tak mampu merawat, jadi keluarga pesakit ni berubat dengan bomoh bukan islam, tak sampai sejam dah sembuh.

Apabila perkara ini terjadi bagaimana kita sebagai muslim nak membuktikan bahawa islam itu hebat dan agama yang lengkap. Adakah dengan sekadar menghafal 30 juzuk kita sudah mampu merawat, itulah yang terjadi pada masyarakat kita hari ini, sebenarnya mengikut daripada guru yang mursyid, bukan lah ayat yang memberi kesan kepada kita sebenarnya amalan terhadap ayat tersebut yang mampu memberi kesan kepada makhluk. Ini kerana dengan menjadikan sesuatu ayat itu sebagai amalan, hikmah yang hakiki (sebenar-benar ayat) mampu diperolehi. begitu juga kaedah zikir...amalan ini perlu di lakukan secara istiqomah.

Ulama2 terdahulu telah lama menggunakan jalan kesufian sebagai rawatan dan kajian demi kajian..ilham demi ilham.. petunjuk demi petunjuk diberi Allah kepada hambanya...Oleh itu perubatan Islam sudah wujud pada waktu atuk nenek kita. Cuma dewasa ini bila Islam konon-kononnya bangkit kembali (kejutan ugama) timbul suara2 yang memandai2 berkata itu sesat ini sesat, seolah2 islam baru bertapak dan ulama2 dahulu buta. Ketahui perjalanan Imam2 berempat, wali songo dan ulama2 yang lain. Belajar lah untuk mengetahui, Apa2 pun sama2 lah kita merujuk kepada guru yang betul2 mursyid. Nak cari guru mursyid? Senang ja, buat istiqarah banyak2 agar kita dapat menjadi kekasih yang mengetahui/mengenal bukan sekadar hamba yang menurut.

Sunday, March 20, 2011

Ilmu ketuhanan (pengertian)

Ilmu Ketuhanan adalah ilmu yang menerangkan tentang ketuhanan Allah Ta'ala yang merangkumi keesaan ZatNYA, SifatNYA, Asma'NYA dan Af'alNYA. Ia juga dikenali sebagai ilmu Makrifat (Ilmu Mengenal) ataupun ilmu Hakikat (Ilmu Haq/kebnaran). Ilmu ini adalah cara ataupun jalan dalam mencari tauhid (keesaan) nya Allah.

Pada amnya, apabila kita membincangkan Ilmu Makrifat ramai yang beranggapan bahawa ilmu ini terlalu tinggi dan tak perlu dipelajari oleh orang-orang biasa cukucp sekadar syariat sahaja. Pendapat itu salah. Sebab hukum mempelajari ilmu ketuhanan itu wajib bukannya sunat . Cuma kita perlu mengetahui had-had pembelajaran di tahap fardhu ain itu berbeza dengan pengetahuan di tahap fardhu kifayah.

"Awwaluddin Makrifatullah" , Mengenal Allah Ta'ala adalah awal permulaan kita beragama,  boleh kah kita membawa perjalanan islam tanpa mengenal Allah? Adakah kita lupa akan pesanan Rasulallah yang sangat penting ini. Apabila ada manusia yang cuba membuka persoalan mengenal Allah atau makrifatullah kebanyakan kita sering memandang sebagai ianya tidak penting. Manusia Islam kebanyakannya mengenepikan ilmu-ilmu tentang makrifatullah ini sedangkan itulah ilmu asas yang menjadi asas pengajian pondok di masa silam.


Ilmu makrifat ataupun Ilmu Makrifatullah adalah kupasan dari kalimah Laailahailallah. Mengenal sifat 20 adalah asas kepada mengenal Allah dan tidak dapat tidak, kita wajib dan perlu mempelajarinya dan ianya termasuk di dalam ilmu fardhu ain bukan fardhu kifayah. Sabda Nabi saw bermaksud, "Menuntut ilmu itu fardhu bagi tiap2 muslimin dan muslimat." dan Ulamak Usuluddin mensyarahkan Ilmu yang fardhu ain ini termasuklah 3 ilmu yang asas iaitu usuludin (tauhid) , feqah (syari’ah/peraturan) dan tasawuf (hakikat). Maka barangsiapa meninggalkan tuntutan menuntut ilmu yang fardhu ain ini bermakna meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan dia termasuk di dalam golongan orang yang berdosa meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan beramal tanpa ilmu menjadikan amalannya sia-sia, berilmu tanpa amal juga sia-sia.

Thursday, March 3, 2011

Mukadimah

Bismillahirrahmanirrahim… Segala Puji bagi Allah swt yang menjadikan seisi alam dan segala rahsia yang terkandung didalamnya.  Terpulang kepada insan itu dalam mencari rahsia Allah swt.


  "Wahai manusia!Sungguh,telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman" Surah Yunus ayat 57