Wednesday, October 2, 2013
Friday, May 31, 2013
JADUAL AKTIVITI PROGRAM UMRAH RAMADHAN NURSALAM
( SATU – SATUNYA DI MALAYSIA )
06 JULAI : HARI 01 : KUALA LUMPUR – JEDDAH – MADINAH
Semua Jemaah diminta berada di KLIA balai berlepas 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami. Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah jemaah akan disambut oleh wakil kami dan dibawa menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke Madinah,. Tiba di hotel Madinah, daftar masuk hotel dan berehat.
07 JULAI : HARI 02 : MADINAH ( ZIARAH DALAM )
Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi dengan menziarahi Maqam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi, sabda Rasulullah s.a.w :
“Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram”
08 JULAI : HARI 03 : MADINAH ( ZIARAH LUAR )
Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MADINAH dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah Masjid Quba’, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh (Medan Perang Khandak). Selesai ziarah, jemaah bebas beribadat di Masjid Nabawi.
09 JULAI : HARI 04 : MADINAH ( ZIARAH LUAR )
Jemaah akan dibawa melawat Masjid Bilal Bin Rabah , Ladang kurma Bani Hashim dan Muzium Madinah ( tertakluk kepada keizinana pihak berkuasa ). Pada malamnya beribadah di Masjid Nabawi untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak.
10 JULAI : HARI 05 : MADINAH (RAMADHAN)
jemaah melakukan ibadah bebas dan menziarahi Makam Rasulullah sekali lagi. Pada malamnya Jemaah akan mendengar kuliah & Tazkirah daripada Syeikh Firdaus At Taibun. Kemudiannya diikuti dengan aktiviti Qiamullail
ZIARAH PILIHAN DI MADINAH
Penemuan baru - Masjid Tikar, Gua Uhud dan Lapangan Magnet.
11 JULAI : HARI 06 : MADINAH – MAKKAH (RAMADHAN)
Para jemaah akan di bawa berangkat ke MAKKAH AL-MUKARRAMAH. Di dalam perjalanan singgah sebentar di MASJID BIR-ALI untuk solat sunat ihram dan bermiqat umrah. Sampai di MAKKAH, para jemaah akan dibawa ke hotel dan kemudiannya dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah yang pertama. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul. Jemaah akan berbuka puasa di Masjidil Haram.
12 JULAI : HARI 07 : MAKKAH (RAMADHAN)
Paginya para jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MAKKAH. Tempat-tempat lawatan adalah JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR, GUA HIRA’ dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah. Jemaah akan berbuka puasa di Masjidil Haram. Pada malamnya di ikuti dengan Tazkirah, kuliah dan Qiamullail di Masjidi Haram.
13 JULAI : HARI 08 : MAKKAH (RAMADHAN)
Selesai Ibadah bebas. Jemaah dibawa menziarahi dan mengikuti Tazkirah oleh Ahlul bait (keturunan Rasulullah) di Rasaifah Iaitu SAYYID AHMAD BIN MUHAMMAD BIN ALAWI AL MALIKI AL HASSANI beliau merupakan anak kepada Ulama Besar MAKKAH AL MUKARRAMAH iaitu SAYYID MUHAMMAD BIN ALAWI AL MALIKI AL HASSANI. jika berkesempatan jemaah juga akan berbuka puasa di sana. (Moga kita mendapat keberkatan Doa disamping mereka).
14 JULAI : HARI 09 : MAKKAH (RAMADHAN)
Jemaah akan dibawa melawat Muzium Kaabah, (tertakluk kepada keizinan pihak berkuasa) Ladang Ternakan & Penyembelihan Unta serta bermiqat di Hudaibiyah. Jemaah akan berbuka puasa di Masjidil Haram. Pada malamnya di ikuti dengan Tazkirah, kuliah dan Qiamullail di Masjidi Haram.
15 JULAI : HARI 10 : MAKKAH (RAMADHAN)
Selesai Ibadah bebas. Jemaah dibawa menziarahi Ahlul bait (keturunan Rasulullah) SAYYID ABBAS BIN ALAWI AL MALIKI AL HASSANI beliau merupakan saudara kepada Ulama Besar MAKKAH AL MUKARRAMAH iaitu SAYYID MUHAMMAD BIN ALAWI AL MALIKI AL HASSANI. jika berkesempatan jemaah juga akan berbuka puasa di sana. (Moga kita mendapat keberkatan Doa disamping mereka).
16 JULAI : HARI 11 : MAKKAH (RAMADHAN)
Jemaah di bawa menziarahi Kilang Membuat Kain Kiswah Kaabah dan Tempat Perlaksanaan Hukum Hudud di Tanaeem. (tertakluk kepada keizinan pihak berkuasa). Jemaah akan berbuka puasa di Masjidil Haram. Pada malamnya di ikuti dengan Tazkirah, kuliah dan Qiamullail di Masjidi Haram.
17 JULAI : HARI 12 : MAKKAH (RAMADHAN)
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah Umrah dan beribadah di Masjidil Haram. Selepas itu, Jemaah dibawa menziarahi MUADZIN MASJIDIL HARAM iaitu SHEIKH ALI ABDUL RAHMAN AHMED MULLA. beliau merupakan muadzin yang paling lama berkhidmat di Masjidil Haram. (Moga kita mendapat keberkatan Doa disamping mereka).
18 JULAI : HARI 13 : MAKKAH (RAMADHAN)
Jemaah dibawa melawat Pusat Pengajian Pondok (serta mendengar tazkirah ilmu daripada guru – guru Pondok) dan Rumah Kelahiran Rasulullah di Ajiad, Mekkah. Jemaah akan berbuka puasa di Masjidil Haram. Pada malamnya di ikuti dengan Tazkirah, kuliah dan Qiamullail di Masjidi Haram.
19 JULAI : HARI 14 : MAKKAH – JEDDAH (RAMADHAN)
Melakukan Tawaf Wida’ sebelum bertolak ke Jeddah untuk meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur dan jemaah di bawa Melawat Masjid Terapung di Jeddah.
20 JULAI : HARI 15 : JEDDAH – KUALA LUMPUR (RAMADHAN)
Dijangka sampai di Kuala Lumpur
NOTA:
1. TARIKH, HARGA & ATURCARA tertakluk kepada pindaan pihak airline, hotel & kedutaan.
HARGA PAKEJ TERMASUK:
• Tiket kapalterbang kelas ekonomi.
• Cukai dan insuran Lapangan terbang.
• Pengangkutan darat (seperti aturcara).
• Makan & minum 3 kali sehari (sepanjang aturcara).
• Lawatan seperti aturcara.
• Perkhidmatan Mutawwif.
• 10 Liter Air Zam-Zam.
• 1 bag dan luggage tag.
• Penginapan 3 atau 4 orang sebilik
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:
• Apa-apa perbelanjaan yang tidak terdapat di atas.
• Tips untuk pemandu pelancong dan pemandu.
• Lebihan bagasi.
• Perbelanjaan peribadi seperti telefon, dobi dan sebagainya.
• Insuran pengembaraan .
Wednesday, May 1, 2013
KURSUS PERAWATAN ISLAM BERSANAD Tahap 1 ( Fundamental) siri 1/2013
Assalamualaikum...
muslimin dan muslimat. Untuk makluman semua, pengambilan peserta untuk
KURSUS PERAWATAN ISLAM BERSANAD Tahap 1 ( Fundamental) siri 1/2013 telah
dibuka. Pendaftaran boleh dilakukan di Pusat Rawatan Islam Nursalam Al
Maliki no telefon 04-4400681 / 0174787957.
Wednesday, April 24, 2013
LAPORAN KEM IBADAH MUTHMAINAH SMK AMAN JAYA SG PETANI KEDAH 19 - 21 APRIL 2013
Pada 19 april hingga 21 april 2013,bertempat di SMK AMAN JAYA SG PETANI KEDAH, Unit Tarbiyah dan dakwah ‘Pusat Rawatan
Islam NurSalam Al Maliki yang diketuai oleh Habib Mohd Firdaus At Taibun Al Makki dan Saudara Mohd Aizam At Taibun
( Adam AF) bersama Panitia Agama
Islam SMK AMAN JAYA telah menganjurkan program Khemah Ibadah Pemantapan
Hati Muthmainah. Bertemakan “Merahmati hati Rabbani”, Bermula dengan para
pelajar membacakan ikrar Kem sambil disaksikan oleh para fasilitator, program
ini dianjurkan dengan matlamat memantapkan pelajar - pelajar terhadap asas-asas
ajaran Islam dengan penglibatan ADAM AF sebagai ikon dan ikutan kepada pelajar
- pelajar.
Program khemah ibadah ini merupakan program yang julung-julung
kali diadakan di SMK AMAN JAYA dengan penglibatan seramai 103 orang pelajar . penglibatan
secara langsung keseluruhan Unit Tarbiyah & Dakwah NurSalam dan Panitia
Agama Islam Sekolah dalam program ini telah menyuntik semangat cintai islam
yang tinggi di kalangan pelajar.
Program selama 3 hari ini diisi dengan pelbagai aktiviti
yang merangkumi Qasidah, kerohanian, fizikal dan minda dalam mencapai objektif
melahirkan anak-anak yang soleh. Peserta telah dibahagikan kepada 7 kumpulan
iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Hambali, Maliki dan Syafie bersempena nama
khalifah Islam dan Imam yang Muktabar.
Didalam khemah ibadah ini pelajar – pelajar diberi penerapan
Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Ibubapa dan Cinta Al-Quran. Dalam mencapai
objektif program ini, kuliah-kuliah, tips anak soleh dan beberapa pengisian
telah diadakan. LDK susulan selepas kuliah diadakan untuk memantapkan lagi
pemahaman peserta melalui modul-modul dan praktikal. Manakala sesi bengkel
memberikan peluang kepada peserta untuk meneroka diri mereka sendiri.
Pada malamnya turut diisi dengan pelbagai aktiviti yang
menarik dengan diketuai oleh Habib Mohd
Firdaus At Taibun Al Makki dan Saudara Mohd Aizam At Taibun ( Adam AF)
seperti persembahan Qasidah di Malam Kesenian Islam yang menampilkan kreativiti
peserta dalam latihan Qasidah. Kemuncak pada program ini ialah pada malam
muhasabah ibu ayah ” Hari-hari yang Terindah”. Malam muhasabah yang
dikendalikan oleh saudara Mohammad Adha dan Saudara Rodzie dengan fasilitator
dan gimik kematian berjaya menyentuh hati peserta. Peserta telah diminta untuk
bercita - cita untuk berubah menjadi anak yang soleh kepada ibu bapa masing –
masing.
Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian hadiah peserta
terbaik diikuti slot ceramah motivasi oleh Habib
Mohd Firdaus At Taibun Al Makki dan Kata- kata nasihat yang menarik
daripada Saudara Mohd Aizam At Taibun
(Adam AF) ditutup dengan rasminya dengan ucapan oleh Pengetua SMK Aman Jaya Encik Abd Halim Md Noh diiringi Persembahan
Penutup Qasidah Oleh pelajar-pelajar SMK Aman Jaya dan laungan takbir.
Tuesday, April 9, 2013
Friday, March 29, 2013
10 adab dalam menuntut ilmu - panduan dari Imam al-Ghazali
Dalam penulisan agung “Ihya’ `Ulum al-Din” karangan Hujjatul
Islam, Imam al-Ghazali, beliau telah membuat satu garis panduan adab pelajar
dalam menuntut ilmu. Dalam penulisannya, beliau telah mengenalpasti 10 panduan
yang boleh dijadikan asas pedoman kepada para pelajar. Asas-asas ini perlu
dihayati dan dicernakan dalam diri para pelajar dalam usaha mereka menuntut
ilmu sama ada di peringkat rendah atau di peringkat pengajian tinggi.
Pertama, menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan
akhlak yang murni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi
pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati seseorang
itu dicemari dengan elemen-elemen yang negatif yang boleh merosakkan kemurnian
hati dan jiwa menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Ini
kerana secara prinsipnya, ilmu itu bersifat suci. Sebagaimana firman Allah
dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).
Istilah najis yang dijelaskan oleh al-Quran merupakan
simbolik yang mengertikan sifat kotor tersebut mesti dijauhi dan dihindari
disebabkan sifat tersebut boleh merosakkan manusia.
Kedua, para pelajar disarankan tidak terlalu terikat dengan
hal-hal keduniaan yang berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan
perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Unsur-unsur ini boleh menyebabkan
pelajar tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang hakiki dan
memalingkan fikirannya dalam usaha menuntut ilmu. Hal ini sebagaimana yang
dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua organ
hati dalam rongganya” (al-Ahzab:4).
Oleh yang demikian, sekiranya fikiran para pelajar
dipengaruhi oleh elemen-elemen yang boleh mencemari mentalitinya menyukarkan
untuk mengetahui hakikat ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak
dapat menguasai ilmu secara sebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan
tumpuan yang sepenuhnya”. Beliau memberi perumpamaan terhadap pemikiran yang
dipengaruhi oleh hal-hal yang tidak berkait dengan ilmu seperti air yang
mengalir dari sungai kecil, sebahagiannya diserap oleh tanah dan sebahagian
lagi diserap oleh udara sehingga tidak ada lagi yang sampai ke ladang.
Ketiga, para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak
terhadap golongan intelektual dan guru. Adalah menjadi kewajipan pelajar untuk
menyerahkan segala urusan berkaitan ilmu dan mematuhi serta menghormati guru
seperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Para pelajar
dituntut bersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta sedia
menawarkan perkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh
bersikap sombong dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang
disampaikannya dengan alasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak
mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan
kebodohan dan kedangkalan pemikiran yang ada dalam diri seseorang pelajar.
Sebaliknya, para pelajar seharusnya merasa terhutang budi terhadap guru yang
mencurahkan ilmu yang memandunya ke arah kebenaran.
Keempat, orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada
tahap awalnya perlu mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan
pendapat di kalangan manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu
akhirat. Secara rasionalnya, ia boleh mengelirukan pemikirannya terhadap
disiplin ilmu yang baru dipelajarinya dan membantutkan usahanya untuk membuat
penyelidikan yang mendalam. Namun begitu, bagi seseorang yang telah menguasai
sesuatu bidang disiplin ilmu secara mahir dan mendalam tidak menjadi halangan
untuk mengkaji perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan
pendapat tentang sesuatu perkara merupakan salah satu daripada metodologi medan
penyelidikan ilmu.
Kelima, seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu
disiplin ilmu yang terpuji melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik
mungkin. Sekiranya faktor usia mengizinkan untuk menuntut ilmu, ia harus
mengambil peluang untuk meningkatkan kepakarannya ke peringkat yang lebih
tinggi. Sebaliknya jika faktor usia menjadi kekangan terhadap usaha menimba
ilmu pengetahuan maka seseorang itu perlu mengetahui perkara asas dan penting
dalam ilmu yang dikuasainya berdasarkan kemampuannya.
Keenam, tidak memaksa untuk menguasai semua disiplin ilmu
secara sekaligus. Tindakan yang bijak ialah dengan menguasai sesuatu bidang
ilmu itu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan
yang ada pada diri seseorang. Kompetensi yang ada pada manusia adalah terbatas
oleh pelbagai faktor dari aspek pengalaman, realiti semasa, kepakaran dan
keupayaan mentaliti seseorang.
Ketujuh, seseorang tidak boleh mencampuradukkan sesuatu
cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang
sebelumnya. Ini kerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat
antara satu sama lain. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang pelajar memahami
sesuatu ilmu dengan tertib dan tersusun maka ia dapat menguasai sesuatu konsep
ilmu dengan baik. Pemahaman manusia tentang konsep ilmu akan lebih sempurna dan
konsisten jika setiap cabang ilmu dihadam dan dicernakan mengikut tahap-tahap
dan fasa yang tersusun dan terancang.
Kelapan, seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan
objektif sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai
sesuatu kepentingan ilmu dan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut
dapat diaplikasi dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Matlamat utama ilmu yang dipelajari itu tidak bertentangan dengan syariat dan
membawa kemudharatan kepada umat manusia.
Kesembilan, para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam
menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa
seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia
yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada
Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu
yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia sebahagian
daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan
sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap
sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam.
Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam
ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman
yang bermaksud:
“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara
kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadalah:11)
Kesepuluh, setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu
yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu
didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini penting
kerana ia dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara. Di
samping itu, ia menjadi asas utama untuk mempelajari disiplin ilmu yang lain
disebabkan ia mempunyai kesinambungan di antara satu cabang ilmu dengan
disiplin ilmu yang lain.
Berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh Hujjatul
Islam, Imam al-Ghazali dalam kitabnya “Ihya’ `Ulum al-Din” diharapkan dapat memberi
pedoman yang berfaedah kepada mereka yang bergelar pelajar. Mutiara kata-kata
yang dicurahkan oleh ulama’ silam perlu diambil perhatian dan diamalkan oleh
individu yang bergelar pelajar, agar ilmu yang dipelajari diberkati oleh Allah
dan dapat memberi faedah besar kepada umat sejagat.
Read more:
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/01/10-adab-dalam-menuntut-ilmu-panduan.html#ixzz2OzlYJinI
Saturday, March 23, 2013
Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki
Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki ialah salah seorang
ulama yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.
Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat
mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang
yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menziarahi
beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulama yang menziarahi Makkah.
Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung
secara langsung dengan Junjungan kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam
sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang
masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui
cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu ‘Anhum.
Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling
dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulamak besar di Makkah, yang
telah mengajar di Makkah berkurun lama.
Lima orang dari keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi
Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki,
merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang
jawatan ini ketika pemerintahan Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus
memegang jawatan tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin
Sa’ud sangat menghormati beliau. Riwayat lanjut beliau boleh dirujuk pada kitab
Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad
Al-Maliki.
Ketika berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah
mengajar kitab-kitab Hadith dan Feqh di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar
lain, dengan arahan guru-gurunya. Setelah mempelajari ilmu turath di tanah
kelahirannya Makkah, beliau dihantar oleh bapanya untuk menuntut di Universiti
Al-Azhar As-Syarif. Beliau menerima ijazah PhD daripada Al-Azhar ketika berusia
25 tahun, menjadikan beliau warga Arab Saudi yang pertama dan termuda menerima
ijazah PhD dari Al-Azhar. Tesis beliau berkenaan Hadith telah diiktiraf
cemerlang dan menerima pujian yang tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar
ketika itu, seperti Imam Abu Zahrah.
Beliau telah meninggalkan kita pada hari Jumaat, 15 Ramadhan1425 bersamaan 29 Oktober 2004 ketika berusia 60 tahun
(bersesuaian dengan doanya untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam
keadaan berpuasa di rumahnya di Makkah. Kematiannya amat mengejutkan.
Benar, ia adalah satu kehilangan yang besar. Ucapan takziah
diucapkan dari seluruh dunia Islam. Solat jenazah beliau dilakukan di seluruh
pelusuk dunia. beliau diimamkan oleh adiknya As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di
Masjidil Haram dengan Imam Subayl)
Subscribe to:
Posts (Atom)

















