Saturday, April 16, 2011

RIngkasan Rukyah

Kebelakangan ni, pusat rawatan islam begitu banyak berkembang, Alhamdulillah,  pada kali ini kita akan membincang kan mengenai rawatan islam dengan menggunakan kaedah merukyah. Rukyah yang bermaksud jampi pada melayu nya menggunakan kaedah bacaan sesuatu ayat terhadap pesakit tetapi bagi perawat islam Al Quran menjadi teras utama dalam rawatan yang dijalan kan.

Kita mengetahui Al-Quran diturunkan sebagai Rahmat kepada seluruh Alam atas kasih sayang Allah pada semua mahkluknya...pada konteks ini yang menjadi perbincangan.. adakah Ayat memberi kemudaratan pada jin dan manusia. Insyaallah


Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! (Al-Jinn 72:1) |

Sebelum ini saya ada menonton astro expose mistik dimana seorang pesakit mengalami gangguan jin, pesakit ini cuba berubat disebuah pusat rawatan islam yang berkonsepkan rukyah, dalam keadaan pesakit tidak sedarkan diri bacaan demi bacaan diperdengarkan, tetapi masih tidak berkesan, last2 jin itu yang menyambung bacaan siap tegur lagi bacaan perawat tu, bila di tanya perawat tu kata “ni jin islam, makam dia tinggi” ada ke patut.
Satu kes lagi disebuah pusat rawatan yang lain, konsep sama cara merukyah menggunakan Al Quran, kes dia sama macam diatas gangguan jin, perawat tu merukyah dari pagi sampai petang, last2 dia kata tak mampu merawat, jadi keluarga pesakit ni berubat dengan bomoh bukan islam, tak sampai sejam dah sembuh.

Apabila perkara ini terjadi bagaimana kita sebagai muslim nak membuktikan bahawa islam itu hebat dan agama yang lengkap. Adakah dengan sekadar menghafal 30 juzuk kita sudah mampu merawat, itulah yang terjadi pada masyarakat kita hari ini, sebenarnya mengikut daripada guru yang mursyid, bukan lah ayat yang memberi kesan kepada kita sebenarnya amalan terhadap ayat tersebut yang mampu memberi kesan kepada makhluk. Ini kerana dengan menjadikan sesuatu ayat itu sebagai amalan, hikmah yang hakiki (sebenar-benar ayat) mampu diperolehi. begitu juga kaedah zikir...amalan ini perlu di lakukan secara istiqomah.

Ulama2 terdahulu telah lama menggunakan jalan kesufian sebagai rawatan dan kajian demi kajian..ilham demi ilham.. petunjuk demi petunjuk diberi Allah kepada hambanya...Oleh itu perubatan Islam sudah wujud pada waktu atuk nenek kita. Cuma dewasa ini bila Islam konon-kononnya bangkit kembali (kejutan ugama) timbul suara2 yang memandai2 berkata itu sesat ini sesat, seolah2 islam baru bertapak dan ulama2 dahulu buta. Ketahui perjalanan Imam2 berempat, wali songo dan ulama2 yang lain. Belajar lah untuk mengetahui, Apa2 pun sama2 lah kita merujuk kepada guru yang betul2 mursyid. Nak cari guru mursyid? Senang ja, buat istiqarah banyak2 agar kita dapat menjadi kekasih yang mengetahui/mengenal bukan sekadar hamba yang menurut.

Sunday, March 20, 2011

Ilmu ketuhanan (pengertian)

Ilmu Ketuhanan adalah ilmu yang menerangkan tentang ketuhanan Allah Ta'ala yang merangkumi keesaan ZatNYA, SifatNYA, Asma'NYA dan Af'alNYA. Ia juga dikenali sebagai ilmu Makrifat (Ilmu Mengenal) ataupun ilmu Hakikat (Ilmu Haq/kebnaran). Ilmu ini adalah cara ataupun jalan dalam mencari tauhid (keesaan) nya Allah.

Pada amnya, apabila kita membincangkan Ilmu Makrifat ramai yang beranggapan bahawa ilmu ini terlalu tinggi dan tak perlu dipelajari oleh orang-orang biasa cukucp sekadar syariat sahaja. Pendapat itu salah. Sebab hukum mempelajari ilmu ketuhanan itu wajib bukannya sunat . Cuma kita perlu mengetahui had-had pembelajaran di tahap fardhu ain itu berbeza dengan pengetahuan di tahap fardhu kifayah.

"Awwaluddin Makrifatullah" , Mengenal Allah Ta'ala adalah awal permulaan kita beragama,  boleh kah kita membawa perjalanan islam tanpa mengenal Allah? Adakah kita lupa akan pesanan Rasulallah yang sangat penting ini. Apabila ada manusia yang cuba membuka persoalan mengenal Allah atau makrifatullah kebanyakan kita sering memandang sebagai ianya tidak penting. Manusia Islam kebanyakannya mengenepikan ilmu-ilmu tentang makrifatullah ini sedangkan itulah ilmu asas yang menjadi asas pengajian pondok di masa silam.


Ilmu makrifat ataupun Ilmu Makrifatullah adalah kupasan dari kalimah Laailahailallah. Mengenal sifat 20 adalah asas kepada mengenal Allah dan tidak dapat tidak, kita wajib dan perlu mempelajarinya dan ianya termasuk di dalam ilmu fardhu ain bukan fardhu kifayah. Sabda Nabi saw bermaksud, "Menuntut ilmu itu fardhu bagi tiap2 muslimin dan muslimat." dan Ulamak Usuluddin mensyarahkan Ilmu yang fardhu ain ini termasuklah 3 ilmu yang asas iaitu usuludin (tauhid) , feqah (syari’ah/peraturan) dan tasawuf (hakikat). Maka barangsiapa meninggalkan tuntutan menuntut ilmu yang fardhu ain ini bermakna meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan dia termasuk di dalam golongan orang yang berdosa meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan beramal tanpa ilmu menjadikan amalannya sia-sia, berilmu tanpa amal juga sia-sia.

Thursday, March 3, 2011

Mukadimah

Bismillahirrahmanirrahim… Segala Puji bagi Allah swt yang menjadikan seisi alam dan segala rahsia yang terkandung didalamnya.  Terpulang kepada insan itu dalam mencari rahsia Allah swt.


  "Wahai manusia!Sungguh,telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman" Surah Yunus ayat 57