Monday, August 27, 2012

FADHILAT DAN PENGAYATAN SYAWAL

Kita seakan-akan tidak sedar, bahawa waktu berlalu begitu pantas, bulan Ramadhan sudah meninggalkan kita. Kita tidak akan bersua lagi bulan yang seperti ini, jika umur kita tidak dipanjangkan oleh Allah SWT.

Peluang hanya datang sekali dalam setahun. Hanya Allah SWT sahajalah yang berhak membalas ganjaran bagi setiap ibadat dan amalan kebajikan yang kita lakukan se

panjang bulan ini.

Amat rugilah bagi yang mengabaikannya, kerana dari sekian banyak ibadat yang di wajibkan ke atas kita, puasa merupakan ibadat khusus bagi Allah SWT khusus untukNya dan Dia akan membalasnya. Rasulullah SAW bersabda sepertimana tersebut sebuah hadis qudsi :

Bermaksud : "Setiap amal ibadat anak Adam itu adalah untuknya, kecuali puasa, ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya."

Berdasarkan hadis ini jelas menunjukkan kepada kita, bahawa ibadat ini dengan ibadat-ibadat yang lainnya tidak sama di sisi Allah SWT. Allah SWT akan memberi ganjaran puasa itu dengan balasan mengikut kualiti puasa kita dan sejauh manakah keikhlasan dan kesempurnaan kita melaksanakannya. Oleh yang demikian, ganjaran bagi orang yang berpuasa itu di sediakan sebuah pintu khusus di dalam syurga nanti yang di namakan "Al-Rayyan". Rasulullah SAW bersabda :

Bermaksud : "Di dalam syurga ada satu pintu yang di panggil "Al-Rayyan", yang di khususkan untuk orang yang berpuasa melaluinya, setelah mereka masuk pintu itu akan di tutup, tiada lagi orang yang akan masuk melalui pintu tersebut".(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Lebih beruntung lagi bagi orang yang berpuasa dan dapat beribadat di malam Al-Qadar (malam agung dan mulia), iaitu satu malam yang mempunyai keistimewaan dan kelebihannya menandingi seribu bulan malam-malam biasa. Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya kami menurunkan (Al-Quran) pada malam Al-Qadar itu, tahukah kamu apakah malam Qadar itu?, malam itu adalah lebih baik daripada seribu bulan".(Surah Al-Qadar: 1-3)

Setelah kita berpuasa, kita perlulah bermuhasabah dan merenung kualiti puasa yang kita lakukan. Adakah rasa keimanan dan ketaqwaan dalam diri kita semakin meningkat atau masih seperti sebelumnya.

Kalaulah ini yang dicapai,bererti tanda amalan kita di terima oleh Allah SWT samalah seperti ibadat seorang yang mengerjakan haji, jika ibadatnya selepas mengerjakan haji bertambah baik, itu menjadi tanda penerimaan Allah SWT terhadap hajinya itu dan ia beroleh Haji Mabrur.

Sasaran berpuasa ialah untuk mendapat puasa yang di terima oleh Allah SWT. Jika tidak ada peningkatan antara ibadat sebelum dan selepasnya, ini jelas menunjukkan ibadat puasa kita tidak sampai ke matlamatnya.

Terasa amat berat untuk kita berpisah dengan bulan Ramadhan, kerana banyaknya keistimewaan dan ganjaran di dalamnya, walau bagaimanapun, peluang untuk kita masih terbuka. Bulan Syawal yang tiba, Allah SWT menyediakan pula kepada kita dengan menjanjikan ganjaran-ganjaran pahala setahun bagi yang berpuasa 6 hari di bulan Syawal, sebaik sahaja kita selesai menyambut 1 Syawal (Aidilfitri),

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti pula dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, ia adalah seperti berpuasa setahun".(Hadis Riwayat Muslim)

Berpuasa sunat Syawal itu sangat di tuntut. Rebutlah peluang yang berada di hadapan kita itu nanti, sebagai menampal kecacatan yang mungkin berlaku dalam puasa kita pada bulan Ramadhan, amalan sunat ini selalunya untuk mencukupi yang kurang di dalam yang fardhu. Ia boleh dikerjakan berselang seli di dalam bulan Syawal, tetapi mengerjakannya berturut-turut selepas hari raya pertama adalah lebih baik.

Antara kelebihan berpuasa 6 dan faedahnya :

1) Berpuasa 6 hari di bulan Syawal itu adalah untuk menyempurnakan kekurangan yang terjadi pada puasa fardhu.

2) Mengiringi puasa sesudah puasa Ramadhan itu menjadi tanda peningkatan iman dan taqwa.

3) Berpuasa enam itu sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang di anugerahkanNya.

4) Amalan yang dilaksanakan akan berterusan, tidak hanya selesai di bulan Ramadhan sahaja.

5) Hormatilah bulan Syawal sepertimana kita menghormati bulan Ramadhan. Syawal bukan bererti kita bebas untuk melakukan apa sahaja. Syawal juga hendaklah di penuhi dengan pelbagai kebajikan, pelbagai aktiviti berfaedah samada untuk kita atau orang lain, di samping mengingati Allah SWT.

6) Bersyukur di atas nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita termasuk nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat dapat menjalani puasa dan menunaikan hak-hak Ramadhan dengan sempurna, sewajarnyalah segala nikmat itu kita syukuri.

Sambutan hari raya pula tidak sewajarnya dipenuhi dengan melakukan perkara yang sia-sia, elakkanlah dari pembaziran walaupun dalam keadaan kita mampu, jauhi hiburan yang melalaikan, tidak mendedahkan aurat, menjaga batas dan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, elakkan dari menghadiri majlis yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.

Lakukanlah segala kegiatan hidup berdasarkan keimanan semata-mata kerana Allah dan patuhlah syariatnya. Mudah-mudahan kehidupan kita di limpahi keberkatan dan ketenangan.

Peliharalah keluarga kita, terutama anak-anak kita dari terjebak dengan gejala sosial yang akibatnya akan merosakkan kehidupan mereka, tumpukanlah jiwa mereka ke arah membina umat yang bermaruah dan lebih bertanggungjawab. Jesteru itu, marilah kita pertahankan agama kita hingga akhir hayat.

Berilah sokongan kepada semua pihak yang berhasrat untuk mengembalikan martabat agama kita ke arah mencapai matlamat yang cemerlang serta mendapat keampunan Allah SWT.

Menjelang hari raya janganlah kita lupa kepada ibubapa kita, mereka yang kurang bernasib baik, warga emas, orang-orang tua yang memerlukan belaian kasih, mereka yang kurang upaya, mereka yang terlantar sakit, anak-anak yatim yang hilang tempat bermanja, ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung. Ziarahilah sanak saudara, jiran tetangga, sambil bermaaf-maafan serta eratkanlah hubungan silatulrahim antara sesama kita.

Firmah Allah dalam surah Al-Hasyr: 19, bermaksud : "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amalan-amalan yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang fasik dan derhaka".

Saturday, August 11, 2012

ISTERI YANG TAAT KEPADA SUAMI DAN YANG TIDAK TAAT KEPADA SUAMI

Maka bermula perempuan yang solehah yang berkahwin, ialah memelihara kemaluan dan hartanya apabila suaminya tiada, dan Allah s.w.t memelihara akan perempuan itu.

Sabda Rasulullah s.a.w: “ apabila seorang isteri tidak tidur bersama suaminya, dilaknat akan dia oleh segala malaikat hingga subuh”

Dan sabda Rasulullah s.a.w: “ barangsiap
a isteri yang tidak tidur bersama suaminya, dan suaminya redha akan dia, dimasukan syurga”.

Sabda Rasulullah s.a.w: “ Sesiapa sabar atas perangai isterinya, mendatangkan Allah S.w.t pah dan pahala, seperti pahal Ayyub. Dan siapa sabar atas jahatnya perangai suaminya, memberi Allah s.w.t akan upha pahala perang sabililla mati syahid. Dan siapa isteri yang aniaya akan suaminya dan menyusahkan suaminya yang tidak mampu dan menyakiti akan dia, nescaya akan dilaknat malaikat Ar-Rahmat dan malaikat Azab, dan isteri yang sabar atas kesusahan suaminya, dikurnikan Allah s.w.t akan pahala Asiah dan Maryam.

Dan sabda Rasulullah s.a.w: “ barangmana isteri yang mati dan suaminya redha akan dia, dia akan dimasukkan syurga.

Dan berkata Ibnu Abbas mendengar aku akan sabda Rasulullah s.a.w :“ jika bahawasanya seorang isteri menjadikan setiap malamnya mendirikan sembahyang dan sekalian hari puasa, dan apabila diajak suaminya ke tempat tidur dan tidak diikuti isterinya walau sesaat, maka dihumban isteri itu pada neraka paling bawah pada hari kiamat bersama syaitan dengan dirantai .

Dan bahawasanya tiada puasa sunat bagi isteri melainkan dengan izin suaminya.

Dan sabda Rasulullah s.a.w: “ sekalian burung yang dilangit dan ikan yang dilautan dan segala malaikat yang dilangit dan matahari dan bulan memohon keampunan buat isteri yang taat dan mendapat redha bagi suaminya

Dan berkata Abdullah ibnu Mas’ud r.a mendengar aku akan sabda Rasulullah s.a.w” barangmana isteri yang menolak pelawaan suami sehingga suaminya tertidur maka ia isteri yang didalam laknat”.

Dan barangmana isteri yang memasam muka dihadapan suaminya, maka ia didalam kemurkaan Allah

Dan berkata Abdur Rahman bin Auf r.a, mendengar aku akan sabda Rasulullah:“ barangmana seorang isteri bermasam muka kepada suaminya, maka keluarlah ia dari kuburnya dengan hitam mukanya”.

Dan berkata Uthman bin Affan r.a, mendengar aku akan sabda Rasulullah:“ Isteri yang keluar rumah tanpa izin suaminya, dilaknat akan dia dari yang terbit atasnya matahari hingga ikan dilaut.

Dan telah bertanya Aisyah kepada Rasulullah s.a.w: “ kepada siapakah sebesar-besar hak atas isteri?” berkata Rasulullah: “ suaminya” “ dan kepada siapakah sebesar-besar hak atas suami?” kata Rasulullah “ ibunya”.

Dan sabda Rasulullah s.a.w: “ apabila seorang suami berkata kepada isterinya: “ tiada aku melihat kebaikan dari engkau, sekali-kali tidak” maka saat itu terhapus segala pahala amalannya dan terputus ia dari rahmat Allah s.w.t pada hari kiamat”.

Dan kata Abu baker As-sidiq r.a. sabda Rsulullah: “ apabila berkata isteri kepada suaminya “ talak (cerai) kan aku” maka datang ia pada hari kiamat dalam keadaan tiada daging pada mukanya dan lidahnya terkeluar sampai tengkuknya dan dihumban kedalam kerak neraka jahanam, dan puasa serta sembahyangnya pada setiap hari sekalipun tidak diterima”.

Telah berkat Sa’ad bin Abi Waqqash r.a mendengar aku akan sabda Rasulullah:“ dan isteri yang tidak suka kepada suaminya ketika suaminya papa miskin, laknat Allah s.w.t dan murka Allah s.w.t dan dilaknat malaikat sekaliannya”.

Dan berkata Abu Dzar, mendengar aku akan sabda Rasulullah:“ barangmana isteri yang ibadatnya sebanyak ibadat ahli langit dan bumi, kemudian ia menyebabkan kedukaan bagi suaminya, datang ia pada hari kiamat dengan dua tangannya dibelenggu kepada tengkuknya dan dirantai dua kakinya dan dihumban kedalam neraka. Dan seperti demikian pula isteri yang tiada menutup dirinya kepada lelaki lain selain suaminya.

Bermula kehasilan kalam, bahawasanya wajib isteri mentaati suaminya seperti mana anak mentaati kedua ibubapanya.

penyusunan:
ASY-SYEIKH MUHAMMAD SHALEH BIN 'ABDULLAH MENGKABAUW
GASTRIK: PUNCA, KESANNYA dan RAWATAN

Assalamualaikum buat muslimin dan muslimat, Alhamdulillah sudah setengah bulan kita berpuasa dan bertarawikh.

Jemaah kali ini terdetik untuk membincangkan mengenai punca gastrik dan kesannya yang mana kita tahu penyakit ini sering kali timbul di bulan ramadan.

Penyakit gastrik adalah berpunca daripada amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan mak
an malam) yang tidak mengikuti waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.

Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Ada juga yang mengatakan, apabila muntah pesakit akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.
Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik atau ulser boleh lah datang ke pusat rawatan kami untuk sesi rawatan pemulihan. atau boleh membuat temu janji dengan menghubungi Ust Mohd Fadly At-Taibun 017-4787957

insyaAllah mudah-mudahan amalan kita di bulan Ramadan ini diberkati dan di rahmati.