Sunday, March 20, 2011

Ilmu ketuhanan (pengertian)

Ilmu Ketuhanan adalah ilmu yang menerangkan tentang ketuhanan Allah Ta'ala yang merangkumi keesaan ZatNYA, SifatNYA, Asma'NYA dan Af'alNYA. Ia juga dikenali sebagai ilmu Makrifat (Ilmu Mengenal) ataupun ilmu Hakikat (Ilmu Haq/kebnaran). Ilmu ini adalah cara ataupun jalan dalam mencari tauhid (keesaan) nya Allah.

Pada amnya, apabila kita membincangkan Ilmu Makrifat ramai yang beranggapan bahawa ilmu ini terlalu tinggi dan tak perlu dipelajari oleh orang-orang biasa cukucp sekadar syariat sahaja. Pendapat itu salah. Sebab hukum mempelajari ilmu ketuhanan itu wajib bukannya sunat . Cuma kita perlu mengetahui had-had pembelajaran di tahap fardhu ain itu berbeza dengan pengetahuan di tahap fardhu kifayah.

"Awwaluddin Makrifatullah" , Mengenal Allah Ta'ala adalah awal permulaan kita beragama,  boleh kah kita membawa perjalanan islam tanpa mengenal Allah? Adakah kita lupa akan pesanan Rasulallah yang sangat penting ini. Apabila ada manusia yang cuba membuka persoalan mengenal Allah atau makrifatullah kebanyakan kita sering memandang sebagai ianya tidak penting. Manusia Islam kebanyakannya mengenepikan ilmu-ilmu tentang makrifatullah ini sedangkan itulah ilmu asas yang menjadi asas pengajian pondok di masa silam.


Ilmu makrifat ataupun Ilmu Makrifatullah adalah kupasan dari kalimah Laailahailallah. Mengenal sifat 20 adalah asas kepada mengenal Allah dan tidak dapat tidak, kita wajib dan perlu mempelajarinya dan ianya termasuk di dalam ilmu fardhu ain bukan fardhu kifayah. Sabda Nabi saw bermaksud, "Menuntut ilmu itu fardhu bagi tiap2 muslimin dan muslimat." dan Ulamak Usuluddin mensyarahkan Ilmu yang fardhu ain ini termasuklah 3 ilmu yang asas iaitu usuludin (tauhid) , feqah (syari’ah/peraturan) dan tasawuf (hakikat). Maka barangsiapa meninggalkan tuntutan menuntut ilmu yang fardhu ain ini bermakna meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan dia termasuk di dalam golongan orang yang berdosa meninggalkan kewajipan menuntut ilmu dan beramal tanpa ilmu menjadikan amalannya sia-sia, berilmu tanpa amal juga sia-sia.

Thursday, March 3, 2011

Mukadimah

Bismillahirrahmanirrahim… Segala Puji bagi Allah swt yang menjadikan seisi alam dan segala rahsia yang terkandung didalamnya.  Terpulang kepada insan itu dalam mencari rahsia Allah swt.


  "Wahai manusia!Sungguh,telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman" Surah Yunus ayat 57