Firman Allah,
“ Dan, berpuasa itu lebih baik bagi kalian”.
Al Baqarah: 184
Puasa merupakan salah satu wasiat yang disampaikan Nabi
Muhamman s.a.w kepada kaum muslimin. Puasa merupakan kewajipan dari Allah, yang
dilaksanakan pada bulan ramadan, yang kadangkala puasa juga wajib untuk
sebahagian kafarat.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, Allah swt berfirman,
“ Setiap amal anak
adam baginya, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu bagiku dan aku memberikan
pahala kerananya. Dan , Puasa adalah tabir api neraka”
Ustaz Dr Ahmad Al-Qadhy berkata, “ Allah mewajibkan puasa
bulan ramadan dan menjadikannya sebagai salah satu rukun islam, sebagaimana
Rasulullah juga mensyariatkan puasa, yang pastinya puasa memiliki banyak faedah
Allah berfirman,
“ Hai orang-orang yang
beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu
kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu” (Al-Anfal: 24)
Apa yang terjadi saat puasa?
1.Pembaharuan Sel-sel tubuh.
Dr AbdulJawad Ash-shawy menyatakan, “ Zat asid amino
membentuk komposisi organik dalam sel. Ketika puasa, keasidan yang berasal
dalam makanan, berkumpul dengan keasidan yang dihasilkan daripada proses
penghadaman seterusnya menyebabkan pembentukan sel akan kembali. Kemudian
disebarkan mengikut keperluan sel-sel tubuh.
Puasa (islam) adalah satu-satunya sistem pencernaan yang
paling ideal dalam memperbaiki kadar optima fungsi hati, tambahan dengan fatty acid dan amino organic ketika
berpuasa membentuk inti protein dan membentuk sel-sel baru. Dengan berpuasa
juga hati/ sel hepar dapat dibersihkan dari lemak yang berkumpul didalamnya
akibat dari makanan, ini dapat mengelakan dari gangguan pada jaringa hati (
cirrhosis liver)
2.Membersihkan tubuh dari pelbagai jenis racun.
Ketika Puasa, lemak yang tertimbun di dalam tubuh akan
beralih ke hati, hingga lemak itu dapat dimanfaatkan, lalu dari sana keluar
racun yang sudah melebur didalamnya dan hilang sama sekali dari tubuh. Ketika
puasa, aktiviti sel-sel ini berada paa puncak optima tugasnya sehingga ia
melawan bakteria yang menyerang tubuh. Benar Allah berfirman,
“ Dan, berpuasa itu lebih baik bagi kalian.” Al Baqarah: 184
Dr Mark Fadon, seorang doktor yang sangat mengambil berat terhadap
kajian puasa, mengatakan,
“ Setiap manusia perlu melakukan puasa, meskipun dia tidak
sakit, kerana racun-racun makanan dan ubat berhimpun didalam tubuh, ini boleh
mengakibatkan seseorang jatuh sakit atau menyebabkan tubuhnya kurang bermaya
dan sentiasa lesu. Jika manusia melakukan puasa, maka pengumpulan racun ini
berkurangan dan bahkan hilang, sehingga merasa ringan dan sentiasa bertenaga.
MasyaAllah, SubhanAllah ini lah nikmat beribadat yang Allah hadiahkan kepada Hambanya.