Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali
menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut
sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang
keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif.
Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima,
namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah
memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau
mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya.
Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku
kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh
keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan
sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu
yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka
mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai
sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana
bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia
berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia
tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas
keengganannya.
Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada
asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan.
Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti
daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada
dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang
permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang
bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti
taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari
langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi
melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t. melaknatinya sehingga ke
hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu
pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat,
banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan
pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak
lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka
menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang
bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab,
"Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t.
bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari
tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya
Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku
tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah
s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas
anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis
laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang
maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu
dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi,
"Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud,
"Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan
peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi
untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan
kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan
kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan
pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan
berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka
mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada
anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara
mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama
dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu
dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara
mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan
perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada
disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah
orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan
kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan
kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah
kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan
(semata-mata) tipuan."
No comments:
Post a Comment