Dalam ajaran islam, beramal dan bekerja untuk hidup didunia
dan di akhirat adalah tuntutan ilahi secara mutlak. Para nabi dan rasul, dan
juga salaf al-salih dituntut oleh Allah taala beramal untuk hidup diakhirat sebagai
Darul Baqa’ dan bekerja untuk hidup sebagai Darul fana.
Islam sebagai “Ad-Din” tidak menghalang manusia
mencarikehhidupan duniawi yang tidak bercanggah dengan ajaran islam. Kita tidak
boleh menafikan bahawa setiap orang yang beriman dalm hidup dan kehidupan
mereka sehari-hari tidak hanya ingin
memperolehi kebaikkan dan kebahgiaan diakhirat sahaja malah mereka ingin juga
memperolehi kebaikkan dan kebahgiaan di dunia ini.
Ini terbukti dalam doa yang termaktub didalam Al-Quran yang
dibaca oleh setiap orang islam selepas mereka menunaikan fardu solat:
Artinya: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia
dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”. (Al
Baqarah:201)
Doa yang termaktub didalam al Quran ini jelas menunjukkkan
setiap orang yan beriman ingin memperolehi kebaikan hidup di dua negeri, iaitu
di duniada di akhirat, dimana islam memandu manusia untuk mendapat kebaikkan
hidup di dunia dengan berusaha dan berkerja. Dan untuk kebaikkan hidup di
akhirat ialah dengan beramal ibadat. Sabda Rasulullah saw :
“berusaha dan
bekerjala engkau untuk mencari kehidupan di dunia seolah-olahnya engkau akan
hidup selama-lamanya di dunia ini. Dan beramal ibadat engkau untuk hidup di
akhirat seolah-olah engkau mati esoknya”
(hadis riwayat ibn A’sakir)
“sesungguhnya bahawa
mengambil seseorang kamu akan tali (untuk mengikat kayu api), maka dipikulnya
kayu api itu atas belakangnya adala lebih baik daripada dia pergi meminta
kepada seseorang yang telah dikurniakan Allah kelimpahannya,lalu dia meminta
kepadanya, sama ada diberinya atau tidak dibernya” (hadis riwayat Muttafaq Alaih)
Islam agama fitrah memandu manusia untuk mendapat rezeki dan
kehidupan yang baik didalam dunia, bukan hanya dengan berdoa sahaja, tetapi
hendaklah berusaha dan berkerja mengikut kebolehan,kelayakan dan kepakaran
masing-masing
Dan Luqman Al Hakim berkata kepada anaknya:
Wahai anakku,
kayakanlah dirimu dengan pencarian yang halal dari kepapaan,kerana tidaklah ada
seseorang yang berhajat kepada orang lain kecuali tiga perkara; pertama, nipis
agamanya;kedua lemah akalnya, dan ketiga, ilang maruahnya. Dan terlebih besar
dari yang tiga perkara ini ialah ringan pandangan manusia terhadap dirinya
(kurang kehormatannya).